Seperti yang dijangkakan, harga semua bahan api di stesen-stesen minyak seluruh negara sah naik mulai tengah malam ini – 20 sen untuk semua jenis berbanding harga Disember 2016
Bermula 1 Januari 2017, RON 95 akan dijual kepada pengguna pada harga RM2.10 bagi setiap liter, RON 97 pada RM2.40 seliter (tidak termasuk GST), diesel pada RM2.05 dan Diesel Euro 5 RM2.15 seliter.
Setelah harga RON95 turun pada paras RM1.70 seliter dan RON97 turun RM2.05 seliter pada September lalu, harga kesemua bahan api terus meningkat selepas Oktober dan hanya turun 5 sen untuk semua jenis bahan api pada bulan lalu.
Suka atau tidak, tahun baru 2017 rakyat Malaysia akan dimulakan dengan peningkatan mendadak kos keperluan asas ini. - Sehinggit Media
Sumber: paultan.org
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hWbAde
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iQldhS
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment