Saturday, 24 December 2016

Suka Sembunyi Telefon Ibu, Jawapan Kanak-Kanak Ini Kepada Ibunya Pasti Buat Ramai Ibu Bapa Akan Sentap




Anak anugerah Allah yang paling mahal dan terindah, setiap anak kecil yang baru lahir seperti kain putih, kita ibu bapa yang harus membentuk mereka.

Dek zaman kemajuan teknologi yang berkembang dan zaman yang semakin mencabar ini, mereka terdedah dengan pelbagai pengaruh baik atau tidak elok, ramai ibu bapa terlalu awal mendedahkan anak-anak alatan yang seiring dengan perkembangan semasa.

Anak juga harus diberikan perhatian, ada ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja, dan ada ibu bapa yang sudah pulang ke rumah pula sibuk dengan telefon di tangan.

Apa yang diceritakan oleh Puan Adlil Rajiah cukup buat hati sesetangah ibu bapa rasa sentap, kisah anaknya yang selalu sembunyikan telefon milik beliau, apabila ditanya jawapan yang sungguh tidak disangka telah keluar daripada mulut anaknya.


Lately, Haikal suka sorokkan phone saya. 
Mula-mula saya ingat dia cuma nak bergurau. 
Sebab Haikal akan gelak guling-guling bila berjaya sorokkan phone saya, 
dan tengok saya gelabah cari phone. 😂
Sampailah tadi. 
Dia buat lagi. 
Tapi kali ni betul-betul dia sorok kat tempat susah dan saya tak jumpa!
So I gave up and pretended to cry. 
Jalan pintas untuk dapatkan semula phone, adalah dengan mempermainkan perasaan Haikal. 😂
So saya pura-pura nangis sampai lah Haikal datang pujuk.
.
"Mama, jangan la nangis. Haikal gurau je."
.
"Mama tak jumpa phone mama."
.
"Nah. Ni phone mama. Sorry mama. Haikal gurau je."
.
"Thank you. Lepas ni jangan la sorokkan phone mama lagi. Mama banyak kerja dalam phone ni."
.
* Haikal diam lama *
.
"Kenapa Haikal diam?"
.
"Sebenarnya Haikal tak suka mama tengok phone tu. Haikal lagi suka kalau mama tengok Haikal. Mama tahu tak phone ni boleh rosakkan mata mama? Haikal tak pernah pun rosakkan mata mama. Tapi kenapa mama taknak tengok Haikal?"
I CRIED A RIVER, 
dan terus peluk Haikal kuat-kuat. 😭
Ya Allah. 
Lain macam betul rasa tamparan malam ni. 
Haikal betul-betul anugerah. 
Yang selalu ingatkan saya--
tentang AMANAH yang selalu dilupakan. 
Ya Allah. 
Izinkan aku untuk jadi ibu yang Haikal perlukan. 
Bantu aku untuk jadi ibu yang Haikal banggakan.
Bimbing aku untuk sentiasa memperoleh redha Mu sepanjang menggalas amanah IBU ini. 

Sayang mama Ashraf Haikal, 
you are beyond special. 
You are a true gift from Allah. 
Please hold my hand forever, 
and bring me closer to Him.

I AM TRULY SORRY. 
Mama sayang Haikal. 
Sangat-sangat.

Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hdBiJg
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2i47noW
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment