Monday, 26 December 2016

Alasan Tak Masuk Akal. Bantu Teman Wanita Basuh Baju Dalam Bilik Hotel.


JOHOR BAHRU – Janda anak dua antara lima pasangan yang dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) menerusi beberapa serbuan berasingan di hotel bajet sekitar Taman Johor Jaya, malam kelmarin.

Ketika ditahan janda yang mempunyai anak berusia 10 dan enam tahun itu mendakwa datang dari Perlis ke hotel itu semata-mata untuk bertemu pasangannya, seorang tentera berusia 26 tahun di sini.

Mengakui terpaksa meninggalkan kedua anaknya kepada bekas suami, dia memberi alasan mahu menjaga dan melihat teman lelakinya yang sakit kaki kiri.

“Saya bekerja sebagai tukang masak dan datang ke bandar ini dengan menaiki bas. Sebenarnya saya baru sahaja mendaftar masuk pagi tadi dan merancang untuk pulang ke Perlis esoknya,” katanya ketika ditanya pemberita.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 28 tahun yang turut ditahan menerusi operasi sama memberi alasan datang ke hotel semata-mata untuk membantu teman wanitanya berusia 23 tahun membasuh baju.

Dia yang bekerja sebagai ‘runner’ insurans, berkata dia simpati dengan kekasihnya yang sedang menjalani latihan praktikal sebagai pekerja spa di sebuah hotel di pusat bandar.

“Saya membantu teman wanita membasuh bajunya dan dia berasal dari Sarawak dan tiada saudara mara di sini,” katanya.

Menurutnya, teman wanitanya itu sudah seminggu menyewa bilik berkenaan untuk menjalani latihan amali.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jainj, Mohd Hafiz Abdul Rahman berkata, operasi disertai 15 penguat kuasa untuk membanteras aktiviti tidak bermoral dalam kalangan orang Islam.

“Seramai lima lelaki iaitu empat warga tempatan dan seorang warga Singapura selain lima perempuan termasuk seorang bukan Islam ditahan bagi membantu siasatan.

“Operasi tamat kira-kira jam 2.40 pagi dan mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Johor Jaya untuk dijalankan siasatan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun,” katanya - Sinar Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hsQXt8
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hoOI8t
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment