Friday 2 December 2016

Sindir Shila Amzah, Ini Kenyataan Balas Ayda Jebat

Sindir Shila Amzah, Ini Kenyataan Balas Ayda Jebat

aydaj

Ayda Jebat dan juga Shila Amzah sekali lagi menjadi tumpuan para peminat mereka.

Ini setelah Shila Amzah dilihat tidak menyukai tindakan Ayda Jebat memunaik satu video di laman Instagramnya.

Video itu menunjukkan Sharnaaz Ahmad sedang miming lagu Shila Amzah berjudul “Selamanya Cinta”.

Sehinggakan pihak Shila Amzah ada menghubungi Ayda agar memadam video berkenaan.

Shila juga memuatnaik satu status tidak berpuashati dengan perkara berkenaan di Twitter:

ayda-shila

Ini respon Ayda Jebat:

“Lagu itu ada dalam streaming muzik saya dan secara gurauan saya merakam wajah Sharnaaz ketika lagu itu keluar dan memuat naik di ‘Instastory’ dalam Instagram.

“Tiada niat untuk sindir mana-mana pihak, sebagai anak seni saya sentiasa menyokong karya artis-artis tempatan. Namun saya minta maaf kalau ada pihak yang tersinggung,”

“Saya faham dia kata ini kali kedua saya buat begitu, pertama itu adalah dalam babak drama Awak Sangat Nakal, saya ada menyanyikan lagu dia dan ia hanya untuk memberi sedikit komedi dalam babak itu.

“Cuma saya kesal, dia menganggap perkara itu terlalu serius dan pihaknya ada menghubungi saya semata-mata meminta saya memadamkan video berkenaan dari Instagram,”

Ayda kata dia hanya bergurau sahaja naun Shila Amzah terlalu serius tentang hal berkenaan. -PENMERAHDOTCOM

 

The post Sindir Shila Amzah, Ini Kenyataan Balas Ayda Jebat appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2h1Bj7s
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2h1HwjG
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment