Wednesday, 21 December 2016

Petua Orang Lama Untuk Menghapuskan Bekas Jerawat Di Pipi. Sangat Mudah Dan Berkesan!


Kesan jerawat adalah salah satu benda yang kita anggap amat menjengkelkan atau memalukan. Untuk menghilangkan atau menghapuskan kesan jerawat dari muka. sila cuba petua dibawah...

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan :

Timun
Lidah Buaya/Alor Vera
Daun Senuduk
Sireh
Isi Cekur
Asam Jawa
Kulit kayu manis
Madu
Air
Bedak sejuk

Cara cara untuk melakukan :

1.Sagatkan timun, tapis airnya, isi hampasnya didalam bekas.

2.Blend/ giling lidah buaya, daun senuduk, sireh, isi cekur, asam jawa, kulit kayu manis, madu dan air. Kemudian campuran ini kedalam bekas yang berisi timun tadi. gaulkan sehingga rata

3.Pastikan ramuan ini seperti masker dan tidak terlalu cair. Jika cair, sila tambahkan madu serta lendir dari lidah buaya. Boleh ditambah bedak sejuk. Sapukan pada parut yang terdapat kesan jerawat (nak sapu satu muka pun boleh). 

Biarkan ramuan tersebut kering dan kemudian bolehlah dicuci. Amalkan sehingga parut jerawat hilang

Jika terbuat ramuan dalam kuantiti yang agak banyak. bolehlah disimpan didalam bekas yang bertutup dan simpan didalam peti sejuk.

Boleh gunakan satu bahan saja dari semua bahan yang tersenarai. Untuk mendapatkan kesan yang maksima dicadangkan menggunakan semua bahan yang tertera diatas.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain . ipersilakan share


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hta6ai
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2h3RGfn
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment