Thursday, 22 December 2016

(Kenangan Terakhir) Suami Kongsi Resepi Arwah Isteri Buat Orang Ramai Sebak

(Kenangan Terakhir) Suami Kongsi Resepi Arwah Isteri Buat Orang Ramai Sebak

suami2

Satu kisah menjadi viral apabial seorang suami berkongsi resepi masakan arwah isterinya.

Suami bernama Arif itu kehilangan isteri akibat disantau orang.

Namun kenangan bersama isteri masih lagi diabadikan. Terutama dari kenangan masakan.

Arif telah berkongsi resepi nasi goreng kegemaran isterinya yang menjadi kenangan terakhir buat mereka.

Jom baca:

Kenangan terakhir Arif bersama isterinya

Mengapa aku kata seorang lelaki dan suami perlu tahu memasak. Ikutilah pengalamanku bersama arwah isteriku…

“Bang boleh bawa Siti tepi pantai “. Kata isteriku setelah hampir 2 minggu tidak kemana. Sakit akibat santau amat menyeksanya. Darah sering keluar. Puas aku membawanya berubat di hospital dan perubatan islamik namun sakitnya masih tidak berkurangan. Ketika berada di pantai aku melihat isteriku begitu tenang. Sesekali dia menggengam erat tanganku.

“Bang….”, suaranya tersekat. Terus aku bertanya kenapa. Namun dia diam. Airmatanya sudah membasahi pipi.

“Kalau Siti tak ada abang kahwinlah lain. Siti tak nak abang sunyi”, aku diam sebab sudah beberapa kali dia meluahkan ayat ini.

“Takpa la Siti, yang penting kita berubat dulu. Abang hanya nak Siti disisi abang saja. Abang tak nak berpisah dengan Siti”, aku sudah mula sebak kerana aku dapat merasai saat-saat aku akan kehilangan isteriku buat selama-lamanya. Aku sentiasa berdoa kepada Allah moga diberi kesempatan yang lebih lama untuk kami bersama.

“Abang janji bang. Siti cinta abang, Siti tak nak abang sunyi. Abang terlalu baik “, isteriku sudah mula menangis. Aku memeluknya dan kami menangis sepuasnya di tepi pantai.

“Baiklah abang janji apa yang Siti minta”, tersenyum isteriku sambil mengucap terima kasih.

Aku mengajak isteriku pulang bila terdengar azan Asar.

Buatkan nasi goreng kicap

“Bang nanti boleh tak abang buatkan Siti nasi goreng kicap”, minta isteriku.

“Abang goreng bukannya sedap sangat. Siti goreng lagi sedap”, gurau aku.

“Siti nak rasa buat kali yang terakhir air tangan abang “, tergamam aku mendengar. Apa lagi airmata aku terus jatuh tanpa dipaksa.

“Siti jangan sebut macam tu. Kita berikhtiar Siti, abang akan buat apa saja untuk Siti. Janji Siti jangan tinggalkan abang. Abang tak dapat hidup tanpa Siti”, tenang isteriku mendengar rintihan aku.

Bila sampai rumah aku bantu Siti mengambil wuduk dan duduk di sebelahnya sehingga dia selesai bersolat. Aku baringkannya di katil dan aku pula solat. Selepas solat terus aku ke dapur untuk membuat nasi goreng kicap.

Aku tahu dia memang suka kalau aku buat nasi goreng kicap. Katanya aku pandai masak. Itulah hikmahnya kalau kita rajin kedapur. Bila siap terus aku bangunkan isteriku. Aku suapkan isteriku

Mungkin kali terakhir makan air tangan suami

“Sedapnya bang nasi goreng abang. Mungkin ini yang terakhir Siti makan air tangan abang”

Ya Allah kau jangan pisahkan kami. Aku terlalu takut menghadapi saat itu. Siti mengambil camca lalu menyedok nasi dan disuapnya ke mulutku. Air mataku sudah mula keguguran.

“Bang, Siti ucapkan terima kasih sebab abang terlalu banyak tolong Siti”, diciumnya tanganku. Aku membalas ciumannya.

“Abang ingin meminta maaf pada Siti andai kata ada kesalahan yang buat Siti jauh hati. Minta maaf nasi goreng abang tak sedap”, kataku dan isteriku terus menangis.

“Nasi goreng abang sedap sangat. Terima kasih abang “, aku terus menyapu darah yang keluar dari mulutnya. Dia kelihatan penat.

Dibawa ke hospital

Aku terus membawanya ke hospital. Isteriku dimasukkan ke ICU. Nurse membenarkan aku masuk, menangis aku melihat wayar memenuhi isteriku. Dia kelihatan penat tapi masih lagi tersenyum padaku. Diciumnya tanganku sambil memberi isyarat agar aku tolong berdoa.

Bermula saat itulah isteriku terus koma dan pada 18 December 2008 isteriku telah pergi buat selama-lamanya. Kini telah 7 tahun dia pergi tapi peristiwa itu bagaikan baru saja berlalu bagiku.

suami1

Semoga Allah tempatkan isteriku ditempat yang paling mulia disisi Allah. Dialah kekasih. Dialah sahabat dan dialah isteriku tercinta. Dia umpama satu dalam sejuta.

Sebagai seorang lelaki, jangan merasa malu kalau ke dapur. Biar kawan-kawan kutuk kita. Biar mereka tertawa pada kita kononnya kita telah dicontrol isteri. Tapi bila berlaku seperti diriku barulah kita akan sedar betapa beruntungnya kita tahu serba sedikit memasak. Isteri bukannya mahukan masakan yang terhebat seperti chef daripada kita. Cukuplah walaupun nasi goreng kicap biasa tetapi kasih sayang kita yang buatkan mereka bertambah kuat dan semangat.

Resepi Nasi Goreng Kicap

suami
Bahan-bahan:
1. Bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk
2. Sos tiram
3. Kicap pekat
4. Nasi putih
5. Sedikit minyak masak untuk menumis

Langkah-langkahnya
1. Panaskan minyak masak dan masukkan bawang merah dan putih, tumis sehingga naik bau
2. Masukkan sos tiram dan kicap pekat
3. Masukkan nasi dan gaul secukup rasa
4. Goreng sehingga nasi masak dan sebati dengan bahan-bahannya

Mudahkan. Tak ada cabai. Baik untuk kanak-kanak. Sekian terima kasih kerana sudi membaca pengalamanku. Dalam bercerita ada resepinya. -PENMERAHDOTCOM

The post (Kenangan Terakhir) Suami Kongsi Resepi Arwah Isteri Buat Orang Ramai Sebak appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2huyI2k
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hfVTS4
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment