Friday 2 December 2016

Gol Faiz Subri Top 3 Gol Terbaik Tahun 2016, Tewaskan Messi Dan Neymar

Gol Faiz Subri Top 3 Gol Terbaik Tahun 2016, Tewaskan Messi Dan Neymar

faiz

Gol cantik pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri berjaya tersenarai dalam tiga calon utama untuk merebut Anugerah Puskas 2016.

Senarai finalis itu baru sahaja diumumkan oleh FIFA sebentar tadi di laman rasminya.

FIFA menyiarkan senarai rasmi tiga calon terakhir dari 10 calon yang diletakkan sebelum ini untuk diundi oleh peminat seluruh dunia.

Faiz berjaya menewaskan peserta lain termasuk gola Messi dan juga Neymar.

Selain Mohd Faiz, turut tersenarai ialah Marlone dari Brazil dan Daniuska Rodríguez dari Venezuela.

Orang ramai boleh membuat undian di https://goo.gl/LvWoYC.

Menurut laman web Fifa, pengundian akan ditutup pada 9 Januari ini.

Faiz Subri akan ke Zurich bersama pemain terbaik dunia seperti Ronaldo dan Messi yang tersenarai sebagai pemain terbaik dunia.

Hasrat pemain Pulau Pinang ini untuk bertemu pemain hebat dunia bakal jadi kenyataan.

The post Gol Faiz Subri Top 3 Gol Terbaik Tahun 2016, Tewaskan Messi Dan Neymar appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gOdeAk
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gOnyIz
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment