Wednesday, 21 December 2016

Allah Tarik Satu Persatu Nikmat Dia. Terbaru Resort Jamal Disita MDSB Akibat Tiada Lesen Yang Sah..


SEKINCHAN - Pemilik Sekin Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos menganggap tindakan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menyita resortnya di Sekinchan adalah atas arahan kerajaan negeri yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang memprotes berkaitan isu gangguan bekalan air di negeri ini.

Jamal yang juga Pengerusi Gerakan Baju Merah berkata, perbuatan itu jelas bermotifkan politik semata-mata dan menyifatkan kerajaan negeri menyalahgunakan kuasa mereka untuk melaksanakan tindakan berkenaan.

“Sepatutnya mesej yang saya sampaikan (semalam) itu memberikan peringatan kepada kerajaan negeri supaya menangani masalah ini dengan segera dan mencari jalan penyelesaian, bukannya bermain politik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jamal mendakwa, tindakan sitaan itu dibuat adalah disebabkan kemarahan kerajaan negeri terhadap tindak-tanduknya sebelum ini yang banyak mengkritik kelemahan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Semalam saya menyatakan bahawa rakyat negeri Selangor mengalami masalah air dan rata-rata kami tak mandi…hari ini, adalah hari yang kelima rumah saya tiada air,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung sitaan itu, Jamal berkata, resort yang mempunyai 100 unit bilik itu disita MDSB kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Saya dimaklumkan, MDSB datang berpuluh orang untuk menyita dan tidak membenarkan resort saya beroperasi seperti sedia kala, sedangkan resort ini sudah empat tahun beroperasi.

“Saya dah bayar segala-galanya dan ikut syarat yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan sitaan itu menyebabkan pihaknya terpaksa membatalkan segala tempahan pelanggan yang ingin menginap di resort itu yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

“Saya terpaksa ikut arahan kerana mereka ada kuasa dan terpaksa memberi tahu kepada petugas kami supaya pulangkan semula duit tempahan resort kepada pelanggan,” katanya yang mempunyai kira-kira 30 pekerja yang majoritinya penduduk kampung berhampiran.

Semalam, Jamal hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan memakai tuala sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri berkaitan isu bekalan air.

Bagaimanapun, Jamal turut membawa gayung, berus gigi dan alatan mandian lain yang tiba di pintu utama bangunan itu pada jam 9.40 pagi dihalang daripada memasuki pentadbiran kerajaan Selangor. - Sinar Harian




from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hVLFTI
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iiblZU
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment