Friday, 4 December 2020

“Kerjalah Adik Wani Sayang Oi, Dah Boleh Jalan Carilah Rezeki… Awak Nak Harap Duit Bantuan Sampai Bila?” - Aliff Syukri

SUSULAN pendedahan Wani Comel yang mendakwa diperdaya dengan janji manis usahawan kosmetik berhubung pelantikannya sebagai duta produk pelangsingan, individu yang dikaitkan dalam kontroversi berkenaan menganggap tuduhan wanita obesiti itu berniat jahat.

Datuk Seri Aliff Syukri dalam kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram miliknya menganggap tuduhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk merosakkan nama baiknya.

Pengasas dan pemilik D'Herbs Holding Sdn. Bhd ini turut mempersoalkan tindakan Wani yang mengungkit semula isu yang sudah setahun berlalu.

“Saya dah lama beritahu yang saya buat bariatic pada Wani atas nasihat doktor dan saya post di Facebook pada tarikh 19 Ogos 2019.

“Benda dah lama kenapa baru nak cerita, ketinggalan ke awak? Lain kali nak kenakan orang research habis-habis dahulu.

“Nak tahu detail tunggu Isnin ini dan apa tindakan yang saya ambil pada mereka yang tak habis-habis ambil kesempatan untuk jatuhkan saya. Saya nak berniaga tak kacau orang, ” katanya.

Terdahulu pada petang Jumaat, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.

Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.

Dalam pada itu, Aliff turut meminta Wani untuk bekerja berikutan keadaan kesihatannya yang kini sudah mampu untuk berjalan.

Tambah Aliff, dia sudah menanggung segala kos termasuk terapi kaki, makan dan tempat tinggal sepanjang melakukan pembedahan pintasan usus itu.

“Kepada Wani terima kasih banyak-banyak, awak nak saman saya? Kerjalah adik Wani sayang oi, dah boleh jalan carilah rezeki, orang lain kerja siang malam, pagi petang dik... untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila?

“Sepanjang rawatan kos semua saya tanggung, satu sen pun tak minta duit awak adik Wani, jadi jangan menangguk di air yang keruh, ” sindirnya.

Aliff juga tidak menolak tindakan Wani itu didorong oleh individu lain yang cuba menjatuhkan dirinya atas sebab tertentu.

Sumber: Mstar Online



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3lDkgFu
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3mIDaMF
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment