Monday, 28 December 2020

Bayi Positif Covid-19, Hasil Siasatan Dapati Bayi Dijangkiti Oleh Orang Dewasa Yang Pulang Dari Negeri Zon Merah – PKD Kota Setar

Terkini, terdapat satu kes Covid-19 melibatkan seorang bayi dilaporkan di negara ini yang mendapat jangkitan oleh orang dewasa.

Menerusi kenyataan ringkas Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan dijangkiti oleh individu itu yang baru pulang dari negeri Zon Merah.

”Dukacita dimaklumkan, terdapat kes melibatkan bayi dan hasil siasatan mendapati bayi terbabit dijangkiti oleh orang dewasa yang pulang dari negeri Zon Merah,” kata kenyataan.

Menurut kenyataan di ruangan komen, pihak Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar turut mendoakan agar bayi tersebut sembuh daripada jangkitan.

Pihaknya turut mengingatkan kepada ibu bapa yang lain agar tidak membawa bayi keluar dan menghadkan jumlah kedatangan tetamu ke rumah.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, turut merayu individu yang berada di Zon Merah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar tidak merentas daerah atau negeri bagi membendung penularan Covid-19 ke kawasan lain.

Katanya, kebimbangan tersebut timbul berikutan risiko individu terbabit membawa virus berkenaan ke kawasan Zon Hijau sehingga mencetuskan kluster jangkitan baharu.

Sumber: Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar via Siakapkeli.my



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3mXjfc7
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ryc2Tb
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment