Berikutan tempoh kawalan pergerakan, kita dapat lihat semakin kurang pencemaran udara dan pencemaran air yang berlaku di Malaysia. Alhamdulillah, semua benda tuhan buat bersebab.
MALAYSIA sememangnya terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan memukau yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
MALAYSIA sememangnya terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan memukau yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
Namun, kebersihan di beberapa destinasi pilihan dilihat berada pada tahap rendah akibat pencemaran dan sikap sambil lewa pelancong serta penduduk sekitar yang mengabaikan peraturan dan langkah penjagaan.
Bagaimanapun, selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu, sedikit perubahan dapat dilihat apabila kawasan persekitaran di beberapa destinasi pelancongan mula menunjukkan perbezaan.
Sungai kembali jernih
Dikenali sebagai syurga makanan buat sesetengah pelancong, Pulau Pinang kelihatan berbeza apabila Sungai Pinang tidak lagi menjadi sungai paling kotor dalam negara.
Sungai sepanjang 3.5 kilometer (KM) yang dulunya berada pada kelas empat dalam kategori kualiti air itu, kini tidak lagi berwarna gelap namun berubah hijau dengan kelihatan lumut di permukaan selepas pelaksanaan PKP.
Bukan itu saja, Sungai Melaka di Melaka turut dilihat semakin bersih, bebas bau busuk dan jernih selepas pemberhentian aktiviti di sungai serta kawasan berhampiran.
Peningkatan kualiti bunyi
Kesan positif lain pada alam semulajadi akibat pelaksanaan PKP dapat dikesan apabila kualiti bunyi makin meningkat dengan kehadiran suara burung lebih jelas, pengurangan sisa pepejal di sektor komersial dan perindustrian.
Justeru, penerokaan budaya, hutan hijau dan hidupan liar bagi melihat spesis orang utan terancam, burung dan sebagainya di bahagian Malaysia Borneo dapat diteruskan selepas ini.
Biarpun masih berada dalam tempoh PKP, anda masih boleh menyimpan angan-angan untuk meneroka keindahan sebenar Malaysia apabila PKP ditamatkan.
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2U0hZJB
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Bondbr
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment