Thursday, 9 January 2020

Suspek Pau Duit & Terajang Budak Sekolah Ditahan


Viral di media sosial video sekumpulan remaja membuli seorang pelajar sekolah agama di sebuah kawasan perumahan di Machang, Kelantan. 

Berdasarkan klip video itu, mangsa yang masih berpakaian sekolah ditahan sekumpulan sampah masyarakat itu dan salah seorang remaja berbaju hitam mengambil wang milik mangsa bernilai RM5 selain melemparkan kata-kata kesat. 

Mangsa kemudian ditendang di bahagian belakang kakinya sebelum disuruh beredar dari lokasi kejadian. 

Kejadian itu mengundang kemarahan netizen yang mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap suspek. 


Susulan viral video buli itu, mangsa yang berusia 14 tahun itu tampil membuat laporan polis. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 2 petang 21 November tahun lalu di lorong kawasan perumahan Jaza, belakang Sekolah Agama Maahad Syamsul Maarif (L) Jalan Joh, Machang. 

Mangsa mendakwa, pada hari kejadian dia telah dipanggil oleh rakannya ke lokasi itu sebelum suspek bernama Mohamad Irfan Iman bin Ridzuan, 14, yang juga rakan dikenalinya meminta wang RM10 daripadanya. Mangsa menyerahkan RM5 tetapi ditendang oleh suspek kerana tidak berpuas hati dengan jumlah yang diberi. 

Mangsa juga memaklumkan, sebelum itu suspek turut menyepak rakannya yang memanggil dia ke lokasi tersebut. 

Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan empat remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes itu untuk tindakan lanjut.


Sumber: Berita Harian, Salam Rozali via The Reporter


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2FCwmvW
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2tKZ5Mq
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment