Thursday, 9 January 2020

Pertama Kali Bertemu Kaabah, Lambaian Sekumpulan Mualaf Ini Sentuh Emosi


Pasti umat islam sangat terharu apabila dapat berita-berita mengenai penghijarah oleh saudara baru ke agama islam. Bertambah menyentuh perasaan apabila, sifat dan sikap bersungguh-sungguh muallaf ini mempelajari serta mendalami ilmu agama amat dikagumi.

Di Twitter, tular perkongsian mengenai sekumpulan muallaf dari negara Eropah, menunaikan ibadah umrah sehingga menyentuh dan meraih perhatian ramai.

Beberapa keping foto juga telah turut dikongsi dan dimuat naik, yang memaparkan sekumpulan muallaf ini sedang beribadan di hadapan kaabah. Dilaporkan juga, kesemua ahli kumpulan ini pertama kali jejakkan kaki ke Tanah Suci Kota Mekah dan melihat kaabah didepan mata.


Setelah gambar ini tular dan meraih lebih 15,100 ulang kicau dan 33,600 tanda suka, salah seorang ahli kumpulan mualaf itu telah meninggalkan komen.




Jelasnya diruangan komen berkenaan, perkara ini telah berlaku kira-kira sekitar tahun 2018 pada, bulan Disember. Jelasnya lagi, ahli-ahli kumpulan mualaf itu terdiri dan datangnya daripada pelbagai negara seperti UK, Netherlands, German, Prancis, Finland, Russia dan banyak lagi.


Jelasnya lagi dia berasa sangat bersyukur kerana telah menjadi salah satu tetamu dan berada dalam satu kumpulan yang sama.


Semoga lebih banyak lagi insan-insan memeluk dan menerima agama islam dalam hidup mereka. Diharapkan agar saudara baru ini sentiasa dibimbing dan dilindungi oleh Allah SWT.


Sumber: Masood via https://borakdaily.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2tHlla2
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2T6Hk4K
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment