Tuesday, 14 January 2020

Pemungut Sampah Jumpai Mayat Bayi “Duduk” Dalam Tong Sampah


Setiap kali kes buang bayi ini terjadi, pastinya akan menimbukan kemarahan orang ramai. Ibu bapa yang tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja membuang anak mereka sendiri, malah turut membiarkan insan kecil itu mati sendirian.

Walaupun ada yang bertindak meninggalkan anak yang tidak dimahukan dirumah orang ataupun pusat-pusat penjagaan, namun perbuatan ini amat tidak menyenangkan orang ramai, selain berasa kasihan terhadap nasib yang bakal menimpa anak kecil tersebut.


Di Thailand, sekumpulan pemungut sampah dilaporkan telah menjumpai mayat seorang bayi semasa mereka sedang bertugas. Perkara itu disedari setelah salah seorang pemungut sampah itu, membuang isi dalam salah sebuah tong sampai yang dijumpainya ke dalam lori.


Amat mengejutkan apabila isi tong sampah berkenaan adalah merupakan mayat seorang bayi, yang boleh dikatakan baru sahaja lahir.


Mayat bayi berkenaan telah dibungkus dengan selehai kain yang berwarna hitam sebelum ditinggalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke dalam tong sampah berkenaan.


Kejadian yang diercayai telah berlaku di kawasan Sung Noen Nakhon Ratchasima ini, sudah pastinya mengejutkan penduduk tempatan dan pihak berkuasa telah dipanggil untuk menjalankan siasatan lanjut.


Diharap, pasangan yang belum bernikah diuar sana dapat berfikiran secara rasional sebelum membuat satu tindakan diluar jangkaan. Alangkah baiknya jika anak berkenaan diserahkan kepada insan atau pasangan yang lebih memerlukan.

Sumber: https://borakdaily.com/


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Nptxmc
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35PwjHR
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment