Saturday, 4 January 2020

Pasangan Ini Beli Sebuah “Banglo Gua” Yang Penuh Dengan Sampah Dengan Harga RM5, Hasilnya Setelah Di Ubah Suai Sangat Mengagumkan


Tiada siapa yang akan mempercayainya jika dikatakan bahawa € 1 (RM 5) boleh membeli sebuah rumah banglo.


Namun begitu, inilah yang dilakukan pasangan Perancis ini.

Alexis Lamoureux yang berumur 24 tahun terpaksa kembali ke kampung halamannya – sebuah bandar kecil di Perancis, Amboise – selepas bar tempat kerjanya muflis. Lamoureux berharap agar dapat mencari pekerjaan di kampungnya itu dan menyewa sebuah rumah yang murah untuk tinggal bersama teman wanitanya, Lotte van Riel.


Dengan duit yang sedikit, untuk menyewa sebuah rumah di Amboise tampak mustahil sehinggalah Lamoureux teringat tentang rumah ibu saudaranya di sebuah gua yang telah tidak didiami selama 25 tahun.


Apabila melihat keadaan rumah gua tersebut, pasangan tersebut terkejut melihat longgokan sampah yang dihurungi tikus dan lipas memenuhi ruang rumah gua itu. Dinding gua pula kelihatan rapuh ditambah dengan ketiadaan sistem pembentungan, air dan elektrik. Ruang ini jelas tidak sesuai didiami langsung.


Walau bagaimanapun, Lamoureux dan Riel bertekad untuk mengubah suai rumah gua ini sendiri dan memberikannya rupa baharu! Jadi, mereka membelinya dengan harga € 1 (RM 5) di sebuah lelong.



Selepas itu, mereka menghabiskan masa 3 tahun bekerja di restoran ayah Lamoureux. Sementara mencari duit, mereka mengubah suai rumah tersebut.  Akhirnya, mereka berjaya mengumpulkan kos pengubahsuaian sebanyak € 35, 000 (RM 167, 133) untuk memperkuat dinding gua dan membina sistem pembentungan serta elektrik. Semua ini dilakukan mereka sendiri. Perabot rumah pula dibeli dari pusat barangan terpakai.


Berkat usaha pasangan ini, selepas 1 tahun, rumah gua ini akhirnya mempunyai rupa baharu – penukaran 360 darjah!

Selepas melalui koridor, sampailah ke ruang tamu yang dihiasi dengan sofa dan almari dinding.


Di sebelah ruang tamu, pasangan ini telah memasukkan ruang dapur.


Semua perabot di dalam “banglo” ini disesuaikan dengan ruang gua – almari pakaian dan rak buku yang bertingkat menonjolkan keunikan gua ini.

Gua yang telah diubah suai ini memiliki dua bilik tidur dan bilik air yang kelihatan begitu mewah – seolah-olah bilik suite presiden!








Pasangan ini bercadang untuk menyewakan bilik tidur yang berlebihan itu kepada orang luar.

Jadi, kini anda boleh menikm4ti pengalaman bermalam di “banglo gua” ini dengan hanya € 50 (RM 239).

Begitu berbeza sekali “banglo gua” ini sekarang berbanding dahulu.


Pasangan ini turut boleh bersantai di hadapan “banglo gua” ini sambil menghidup udara segar dan berborak. Wah, seronoknya!

Sumber: https://ift.tt/37yFFc9


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2QEhF0o
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2rXQdCI
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment