Friday, 10 January 2020

Lelaki Jangan Cuba Suka-Suka Test Market! Wanita Mudah Jatuh Hati Apabila Ada Lelaki Suka Mengusiknya


Isteri kepada pelakon Adam Corrie, Fazima Fuad memberikan peringatan kepada golongan wanita agar tidak mudah jatuh hati kepada lelaki.

Tambah pula sekiranya seseorang lelaki itu berstatus suami orang.

"Wanita akan cepat perasan apabila ada seorang lelaki suka mengusiknya, wanita akan menyangka lelaki itu suka padanya..

"Padahal lelaki tersebut hanya mengusik sahaja. Itu memang fitrah lelaki suka melihat wanita.

"Jadi kita sebagai wanita jangan cepat perasan, apabila ada orang lelaki senyum, cakap manja-manja dengan kita... Jangan cepat jatuh hati tambah-tambah kalau lelaki tersebut sudah dimiliki," pesannya.

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga berpesan kepada golongan lelaki agar tidak sewenang-wenangnya mempermainkan hati wanita.


"Kepada lelaki, jangan main-mainkan wanita jika tiada niat yang betul. Jangan cuba suka suka nak test market.

"Hati perempuan ni lembut dan cepat rapuh jika tersalah sentuh dan rempuh.

"Dan hati wanita ini jika sudah terjatuh cinta, dia nekad untuk memiliki hati lelaki tersebut walaupun sudah berpunya.

"Pesanan untuk semua tak kisahlah lelaki atau perempuan. Terutama adik-adik, anak-anak perempuan ku, anak lelaki ku dan juga suami ku," tambahnya.

Malah, Adam akui situasi sama pernah terjadi padanya hingga dilabel artis gatal.

"Pernah terjadi pada saya, saya senyum pada rakan saya di belakang seorang wanita, tiba-tiba wanita itu kata saya artis gatal.

"Dan ada juga saya tak perasan pun ada seorang gadis senyum pada saya, lalu jerit kata saya sombong. Reda je la," ujarnya.


Sumber: Gempak.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2TbJpN8
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2T8Bj7F
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment