Thursday 16 January 2020

Isteri Meninggal Selepas Bersalin, Suami Kongsi Foto Wajah Arwah Tersenyum


SETIAP individu sudah pasti menginginkan pengakhiran hidup yang baik. Namun, soal kematian adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja.

Kisah seorang wanita, Divani Putriami yang meninggal dunia selepas melahirkan anak baru-baru ini, tular di media sosial sehingga meninggalkan rasa hiba dalam kalangan netizen di seluruh nusantara.

Kisah Divani tular selepas suaminya, Firdaus Sutan Partiah memuat naik wajah arwah dalam keadaan tersenyum di Facebook miliknya.


Bagi memperingati isterinya, Firdaus telah menamakan anak keduanya itu dengan nama Divani Putriami Al-Ghani iaitu gabungan nama antara arwah dengan anak pertama mereka.


Berikutan itu, netizen dari seluruh nusantara termasuk Malaysia meninggalkan ucapan takziah di ruangan komen Facebooknya dan meminta agar Firdaus sekeluarga tabah dengan dugaan yang menimpa mereka.



Sumber: https://ift.tt/2TP95R3


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2QVUOPm
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2u0aiJk
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment