SEORANG lelaki tergamak menyiram air panas ke atas tubuh isterinya hanya kerana makanan yang dihidangkan dihurung semut.
Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan suspek Hendar, 25, ditahan di Jalan Sudirman, Garut, Jawa Barat semalam.
Siasatan awal mendapati Hendar melakukan perbuatan itu di kediamannya di Kecamatan Cibalong pada minggu lalu.
Ketika kejadian, Hendar dikatakan sedang duduk untuk makan bersama isteri dan anaknya, namun menjadi marah apabila ternampak banyak semut di dalam sayur daun betik yang dihidang isterinya.
Hendar lantas memukul isterinya dengan tangan kosong sebelum bertindak menggunakan sandal dan sarung golok hingga isterinya tidak bermaya.
"Setelah itu baru saya siram dengan air panas," kata Hendar.
Dia mendakwa bertindak demikian kerana terlalu marah.
Hendar, dalam pengakuannya berkata, dia duduk santai di kerusi sambil minum kopi dan membiarkan saja isterinya merintih kesakitan selepas disiram air panas.
"Sudah saja setelah disiram, saya diam saja, Pak, paling minum kopi," kata Hendar sepertimana dipetik daripada portal vivanews.com.
Susulan insiden itu, isterinya dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat kulitnya melecur dan kini dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital di Cibalong.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2QWWAyo
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/39VSv6h
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment