Semalam, telah kembalinya seorang mangsa ragut kepada PeciptaNya.. akibat kecederaan terjatuh dari motorsikal selepas diragut..
Sejak kejadian pada 23 Nov 2019 di Seberang Jaya yg lalu.. arwah NurFarahdila Zulkifli yang kritikal dirawat di Hosp Seberang Jaya ,Wad 8..
Beliau mempunyai seorang anak lelaki yg baru berusia 8 bulan.. Kesian anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa telah kehilangan ibu.
Nurfarahdila Zulkifli Amin yang menjadi Mangsa Kes Ragut di Seberang Jaya pada tarikh 23/11/2019 tempohari telah menghembuskan nafas akhir pada semalam
Dalam kejadian tempohari,arwah telah menjadi mangsa ragut ketika hendak pergi kerja dan dalam insiden tersebut mengikut info dari keluarga arwah,mangsa mengalami patah 3 tulang di kawasan leher,Pecah bibir mulut dan mengalami bengkak jari tangan dan koma sehingga ke hembusan pernafasan akhir.
Mohon semua dengan seikhlas hati dapat membaca surah Al Fatihah selengkapnya sebagai satu sedekah jariah buat dirinya.
Admin Mengucapkan Salam Takziah, banyakkan bersabar dan redha di atas ujian dari Allah SWT ini. Mohon semua sedekah kan bacaan Surah Al-Fatihah dan doakan untuk arwah...
Ajal dan maut sememangnya di tangan Allah, namun kekejaman peragut bukan sekadar meragut harta, malah telah meragut nyawa dan ibu kepada anak kecil ini. Moga selepas ini peragut dikenakan hukuman sekerasnya.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. آمِيّنْ
Sumber: Penang Kini
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Rc9Boc
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2RcLeqm
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment