Sunday, 5 January 2020

Api Makin Marak, Rakyat Australia Luah Rasa Syukur Akhirnya Hujan Turun


Tiada apa yang mampu menggambarkan kegembiraan warga Australia apabila hujan akhirnya turun membasahi bumi yang dilanda kebakaran belukar.

Krisis kebakaran belukar yang dilaporkan bermula sejak September itu telah menyebabkan kemusnahan hutan seluas kira-kira 5 juta hektar serta mengorbankan sekitar 480 juta haiwan pelbagai spesies.

Cuaca berangin serta suhu yang tinggi membuatkan api semakin mudah merebak.

Menurut seorang profesor dari fakulti Sains Bumi, Atmosfera dan Alam Sekitar Universiti Monash, Neville Nicholls, tahun lalu merupakan tahun paling kering bagi negara kanggaru itu.

Bahkan, gambaran kebakaran yang buruk itu boleh dilihat di satelit.


Malapetaka ini menyatukan penganut berlainan akidah yang sama-sama berdoa meminta agar hujan diturunkan.

Tak tergambar kegembiraan mereka dengan kata-kata apabila hujan mula turun dengan harapan ia membantu menghentikan kebakaran yang dahsyat itu.


Berita itu turut dikongsikan salah satu media Australia.


Syukur, hujan akhirnya

Rata-rata maya dari seluruh dunia mengucapkan kesyukuran dan mendoakan warga Australia yang menghadapi bencana itu.




Semoga ia tersebar di kawasan yang dilanda kebakaran


Sumber: Yasellatuan, The Conversation via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2QMGQOH
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MWOapL
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment