” Mujurlah universiti itu (Universiti Leibniz) terima penyelidik bawah umur seperti saya. Mereka pun tidak kisah saya belum mempunyai sebarang ijazah kerana apa yang penting bagi mereka adalah kajian yang saya jalankan itu,”
Demikian pengakuan kanak-kanak pintar Terengganu yang kini berada di Universiti Leibniz selama dua bulan bermula September bagi menjalankan kajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti di Jerman sambil ditemani bapanya Mohd Rafee Harith.
Mempunyai pemikiran seperti orang dewasa yang berusia 24 tahun, Muhammad Amir Rafiq Mohd Rafee, 15, yang berasal dari Kemaman berkata, dia beruntung kerana terpilih oleh Universiti Leibniz di Hannover, Jerman untuk menjalankan kajian dalam bidang Sains Komputer Teoritikal.
” Saya minat bidang sains komputer sejak berusia 12 tahun lagi. Bagi saya bidang ini mencabar tetapi seronok. Sebab itu saya mahu mengkaji lebih dalam bidang ini.
Pelajar Kolej GENIUS Pintar Negara itu ditemui pada Seminar Kaedah Penyelidikan Untuk Anak-Anak Genius Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Nerus hari ini.
Seminar yang menghimpunkan kira-kira 70 remaja pintar dari Terengganu itu, diadakan bagi memberi pendedahan dan menggalakkan mereka untuk lebih banyak menjalankan kajian dan penyelidikan, khususnya berkaitan Terengganu.
Selain itu, antara pencapaian yang membanggakan adalah Muhammad Amir Rafiq terpilih mewakili Malaysia dan menjadi peserta termuda dalam ‘The 2019 International Philosophy Olympiad’ di Rom, Itali pada Mei lalu.
Anak sulung daripada dua beradik itu bercadang untuk mengambil peperiksaan peringkat A-Level dan akan memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti di Amerika Syarikat tahun hadapan.
Ketika ditanya mengenai kehidupannya sebagai seorang yang pintar, Muhammad Amir Rafiq berkata, dia menganggap kebolehan berfikirnya itu sebagai satu anugerah Tuhan, yang akan memberi manfaat bukan setakat untuk diri sendiri malah kepada masyarakat juga.
” Antara kenangan semasa kecil yang saya masih ingat adalah ketika berusia empat tahun, saya suka membaca ensiklopedia perubatan milik datuk saya.
” Saya juga mempunyai kelebihan untuk ‘scan’ dan ingat setiap fakta yang dibaca,” katanya.
Dalam pada itu, bapanya, Mohd Rafee, 50, berkata, dia mula mengesan kelebihan anaknya itu ketika Muhammad Amir Rafiq boleh membaca dan menulis apabila baru berusia tiga tahun.
” Ketika dia berusia dua tahun setengah saya ajar dia ABC hanya sekali sahaja. Esoknya dia terus tahu dan ingat semua abjad dari A hingga Z.
” Dari situ saya nampak anak saya ini ada kelebihan jadi saya hanya pantau dia.
” Dia juga mampu ‘troubleshoot’ komputer seawal usia lima tahun. Tetapi agak memerlukan kos yang tinggi kerana dia tidak bermain mainan seperti kanak-kanak lain. Dia hanya baca buku dan bermain dengan gajet,” katanya yang bekerja sendiri.
Namun ibunya, Azriza Abd Latif, 43, yang merupakan pekerja swasta, mengakui anaknya itu mempunyai kelemahan terutama melibatkan kemahiran insani (soft skills) seperti kemahiran berkomunikasi dan pergaulan sesama rakan sebayanya.
” Perkara teknikal memang sekali cakap sahaja dia ingat. Apabila mmbabitkan ‘soft skills’ seperti perlu bersalaman dengan orang, kita kena ingatkan dia banyak kali.
” Dia juga kurang kawan yang sebaya dengannya kerana pemikiran dia yang lapan atau sembilan tahun lebih dewasa. Jadi kami perlu sentiasa pantau dia,” katanya.
Sumber : Harian Metro
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2MRhNIX
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MP6AIY
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment