Saturday, 14 December 2019

"Quran Dibakar, Masjid Ditutup, Ulama Dibunuh.. Namun Umat Islam Semua Berdiam Diri" – Mesut Ozil


Bintang Arsenal, Mesut Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan China.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bertajuk ‘East Turkistan: Bleeding Wound of Islamic Ummah’ yang dimuat naik di Twitter dan Instagram pada Jumaat.

Beliau menggambarkan etnik Uighur sebagai “pejuang yang menentang penganiayaan” serta “Mukmin yang secara bersendirian mereka yang memaksa orang menjauhi Islam.”

“Quran dibakar.. Masjid ditutup.. Sekolah teologi Islam, madrasah diharamkan.. Ulama dibunuh seorang demi seorang.. Namun begitu, umat Islam semua berdiam diri,” katanya dalam kenyataan berbahasa Turki itu.

“Mereka tidak bersuara. Mereka telah mengabaikan masyarakat itu (Uighur).


“Tidakkah mereka tahu bahawa membiarkan penganiayaan itu sendiri adalah satu penganiayaan? Saidina Ali, menantu Nabi Muhammad berkata, ‘Sekiranya anda tidak boleh elak penganiayaan, dedahkannya,” tegas Özil.

Bintang bola sepak beragama Islam dan berketurunan Turki itu memuat naik kenyataannya kira-kira 48 jam sebelum pasukannya bermain menentang Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.


Susulan itu, Arsenal mengeluarkan kenyataan di media sosial China, Weibo, menyatakan pihaknya tidak ada kaitan dengan pendirian disuarakan Özil.

“Berhubung komen oleh Mesut Özil pada media sosial, Arsenal perlu membuat kenyataan jelas.

“Kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Özil. Sebagai pasukan bola sepak, Arsenal sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak mencampuri hal politik,” tegas kenyataan kelab itu berdasarkan akhbar The Guardian.

Beijing dituduh menindas etnik minoriti Uighur di Xinjiang dengan menahan mereka secara paksa di kem latihan vokasional.

Satu laporan oleh pelapor khas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendakwa seramai sejuta atau 7 peratus umat Islam di Xinjiang dimasukkan dalam kem ‘pendidikan politik’ berkenaan.

Sumber: SuaraTV


from Sehinggit Media News https://ift.tt/38E4t42
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2LWuwcX
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment