Thursday, 19 December 2019

Budak Disumbat Dalam Karung Guni, Dipukul Bapa Tiri Seperti 'Punching Bag' Sehingga Mati


Bukan sahaja tidak dibantu, malah kanak-kanak berusia dua tahun ini diabaikan oleh ibu kandungnya sendiri. Mangsa terpaksa menanggung rasa sakit didera pukul oleh ayah tirinya yang menganggap dia sebagai punching bag. 

Jeritan mangsa langsung tidak pernah diendahkan oleh ibunya. Sehinggalah kematian mangsa itu menggemparkan penduduk di kawasan kejiranan di Kabupaten Langkat Sumatera Utara, Indonesia. 

Mangsa, Muhammad Ibrahim Ramadhan, menjadi mangsa kekejaman bapa tirinya, Ricky Sitepu, 30. Perbuatan suspek terbongkar selepas penduduk berada curiga setelah lima hari tidak melihat kelibat mangsa yang kebiasaannya bermain bersama kanak-kanak lain. 

Didorong dengan rasa ingin tahu, beberapa penduduk datang ke rumah keluarga itu tetapi tidak menemui mereka. Dalam masa yang sama, mereka ternampak satu bonggolan tanah yang mencurigakan dan mengeluarkan bau busuk.



Turut ditemui, selipar mangsa, yang menguatkan lagi prasangka penduduk setempat yang kemudian mengambil keputusan untuk mengorek tanah itu dan terkejut apabila menemui mayat mangsa di dalamnya. 

Polis mengesahkan penemuan mayat itu dan mengesyaki mangsa telah dibunuh. Mayatnya dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. 

Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh oleh Ricky Sitepu. Malah mangsa juga selalu didera oleh suspek seperti dicucuh dengan puntung rokok, dimasukkan dalam karung guni dan digantung di luar rumah sebelum dipukul seperti punching bag. 

Perbuatan suspek diketahui ibu mangsa tetapi langsung tidak mempedulikannya. Ketika dia tahu anaknya telah mati dibunuh suspek, si ibu membantu suspek menguburkan mangsa. 

Selesai menguburkan mangsa, mereka melarikan diri. Tetapi mereka berjaya dikesan oleh pihak polis lalu ditangkap untuk tindakan undang-undang. Mereka bakal berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 20 tahun. 

Sumber: Sosok via The Reporter


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Q4yWQ3
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2S6NHob
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment