Wednesday, 18 December 2019

“Nak Buat Macam Mana, Dah Terlanjur”, Bapa Sanggup ‘Kahwin’ Anak Sendiri Kerana Mengandung Anaknya


Seorang lelaki tua berusia 50 tahun bertindak gila apabila didakwa memperkosa anak kandungnya sendiri di Takalar, Indonesia sehingga mangsa hamil enam bulan.

Lelaki diberi gelaran T itu dituduh memperkosa anaknya yang berusia 16 tahun selama dua tahun. Menurut Tribun News, suspek pertama kali melakukan perbuatan terkutuk itu selepas mengintai anak perempuannya menyalin pakaian di dalam bilik setelah pulang dari sekolah.

“Dia selalu menolak setiap kali saya mahu. Biasanya sekali seminggu saya berhubungan badan, kecuali kalau dia datang bulan,” kata suspek.

Lelaki tua itu melakukan aksi terkutuk itu ketika isterinya sedang bekerja di sawah. Setelah anaknya hamil, suspek berusaha untuk menggugurkan kandungan anaknya itu dengan menggunakan beberapa ubat untuk menutupi perlakuan sumbangnya itu.


Walaubagaimanapun, kandungan itu tetap selamat, membuatkan suspek membawa anaknya ke luar daerah bagi menyembunyikan kehamilan remaja itu daripada si ibu.

Si isteri yang curiga dengan tindakan lelaki dan anaknya itu kemudiannya melaporkan kehilangan anaknya kepada pihak polis.

Setelah polis menemui mereka dan menahan suspek, dia mengaku bersedia bertanggungjawab.

“Perbuatan itu memang tidak senonoh tapi nak buat bagaimana lagi, sudah terlanjur. Kalau disuruh bertanggungjawab, saya mahu menikahinya,” kata T.

Lapor Rakyatku News, suspek melampiaskan nafsu terkutuk itu kerana mendakwa sering bergaduh dengan isterinya.

Sumber: Tribun News, Rakyatku News via Siakapkeli


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2tvsni4
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2rXgfG0
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment