Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab dalam menjaga makan pakai anak-anak anda. Sama ada ibu ataupun ayah, kedua-duanya mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam penjagaan harian anak-anak.
Namun bukan semua ibu bapa yang memahaminya, yang biasanya terjadi adalah seorang ayah melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada isteri, segalanya diuruskan oleh isteri. Dari soal pemakanan, basuh berak anak, sediakan pakaian anak, membasuh, menguruskan suami, segala-galanya dibahu seorang isteri. Mana tanggungjawab sebagai suami dan ayah pula?
Kisah yang bakal dikongsikan adalah perkongsian seorang wanita dimana lokasinya kejadian adalah di klinik kesihatan. Seorang ibu yang bersusah payah membawa anak-anak ke klinik bagi memeriksa kesihatan bayinya, namun apa yang sangat menyentuh hati, apabila seorang isteri memerlukan suami disisi, mana perginya si suami?
Umpama seorang ibu tunggal yang menjaga anak-anak sendirian walaupun masih bersuami,mari kita hayati kisah ini.
“Seorang ibu menggendong bayi berusia sekitar 4 bulan. Kepala bayi masih terlentok-lentok belum pandai tegak sepenuhnya.
Di tangan kiri, si ibu memimpin anak lelaki berusia lebih kurang setahun setengah.
Di belakang mereka, berlari-lari seorang anak perempuan yang pada anggaran saya berusia 3 tahun.
Dan di belakang sekali, ada anak perempuan paling tua. Paling banyak pun umurnya mungkin 8 tahun.
Si ibu kelihatan sibuk sungguh. Ke sana ke mari membawa kad klinik anak-anaknya. Tudung si ibu sudah senget benget. Bahagian yang sepatutnya berada di dagu sudah jauh pergi ke pipi kanan.
Saya agak usia si ibu dalam 30 tahun. Tetapi kerana lelahnya mengurus anak-anak, kerana kesuntukan masa untuk berdandan dan menjaga badan, dia kelihatan jauh tua daripada usia sebenar.
Anak-anak merengek. Ada yang menjerit. Ada yang sudah terberak di dalam lampin. Terkocoh-kocoh si ibu membawa mereka ke tandas.
Sehingga namanya dipanggil berkali-kali untuk diperiksa suhu badan dan tekanan darah, masih juga tidak muncul.
Usai urusan di tandas, si ibu dan anak-anak terus bergegas ke kaunter pemeriksaan awal. Anak-anak masih merengek dan nampak tidak selesa.
Terdengar perbualan di antara si ibu dengan jururawat. Rupa-rupanya semua anak kecuali yang paling besar itu demam. Sudah 3 hari demam tidak kebah-kebah.
Ketika jururawat bertanya di mana suaminya, dia hanya tersenyum kelat.
Nombor giliran mereka dipanggil untuk ke bilik doktor. Anak perempuan yang paling tua (yang tidak demam ) duduk di kerusi sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman. Dia kelihatan malu-malu.
“Datang naik apa ramai-ramai?”
“Naik kereta.”
“Ohh, masa mak bawak kereta, awak pegang baby ya. Bagus kakak.”
“Taklah acik, ayah bawak kereta.”
“Mana ayah?”
“Ayah ada tunggu dalam kereta. Main fon.”
Ohhh…
“Ayah tak nak tolong mak bawak adik-adik jumpa doktor ke? Kesian mak sorang-sorang bawak adik ramai.”
“Tak. Ayah tak suka dengar adik-adik menangis dan bising-bising. Ayah kata serabut. Ayah kata kakak dah besar boleh tolong mak.”
Allahu.
Cepat besar ya kakak. Banyak benda boleh tolong mak. Banyak sangat.”
Sebagai suami, anda seharusnya membantu isteri dalam mneguruskan anak-anak. Bukan menyerahkan segala tugas sebagai ‘ayah’ kepada isteri anda. Segalanya isteri anda yang uruskan, dimana letakknya belas kasihan dan kasih sayang terhadap isteri anda.
Sumber: Sekkito.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2FeEv9z
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2rHAveK
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment