Dunia sudah maklum mengenai kekejaman kerajaan China terhadap etnik Ugyhur yang beragama Islam di Xinjiang.
Sama ada mahu bersuara mempertahankan mereka atas dasar kemanusiaan atau sekadar berpeluk tubuh menantikan keajaiban berlaku, terpulanglah kepada pendirian masing-masing.
Seorang pengguna Facebook Zikri Fuad berkongsi pengalaman beliau ditahan polis China hanya kerana bersolat di masjid Turpan dekat wilayah Xinjiang ketika mengetuai ekspedisi jalan darat memasuki negara tembok besar itu semasa Kembara Inspirasi Haji pada tahun 2017.
Menurut Zikir, itu merupakan kali kedua beliau mengetuai ekspedisi memasuki China menerusi jalan darat. Kali pertama adalah pada 2014 di mana pengalamannya adalah sangat mudah dan menyeronokkan.
Jelasnya, cabaran Kembara Inspirasi Haji 2017 bermula seawal memasuki sempadan China malah rombongannya hampir dinafikan untuk memasuki negara tersebut kerana dalam itinerari (pelan perjalanan) tertulis perkataan Xinjiang.
Namun begitu, disebabkan mengupah ejen pelancongan daripada sebuah syarikat terkemuka dan berpengalaman luas, rombongan berkenaan dibenarkan masuk atas jaminan syarikat pelancongan tersebut.
Ditambah pula ia merupakan ekspedisi kali kedua dan mereka mempunyai rekod lampau yang baik.
Cuma menurut Zikri, syarikat berkenaan mewajibkan rombongan yang diketuai beliau untuk mengupah seorang anak muda warganegara China bernama Andy untuk menyertai ekspedisi berkenaan.
“Sepanjang berada di bumi Xinjiang kami telah cuba untuk solat di masjid disepanjang perjalanan namun gagal.
“Hanya masjid ini (gambar) berjaya dibolosi kerana tidak ada sebarang halangan dan polis yang menjaga kerana terletak di pelusuk ceruk kampung di sebuah gurun Gobi yang sentiasa gersang tanpa setitis air hujan pun
“Mungkin rezeki kami dan doa musafir yang sangat ingin solat di masjid.
“Gambar ini kami rakam dengan gembira sebelum solat kerana merasa amat lega berjaya memasuki masjid.
“Kegembiraan kami rupanya disentap apabila kami ditangkap selepas selesai solat. Ribut sekali lagi datang menerpa.
“Kelihatan tentera bersenjata dan polis menunggu kami di luar masjid.
“Kelihatan seorang imam berusia lengkap berjubah sedang dimarahi oleh seorang pegawai yang sangat bengis.
“Imam itu terduduk seorang menahan kemarahan dan menggayakan bahawa dia tidak bersalah akan hal ini.
“Mungkin mereka menyangka imam itu benarkan kami solat. Walhal setibanya kami di sana tidak ada sesiapa hanya kelihatan CCTV dan pintu scanner macam kat airport tu je.
“Andy guide kami sepanjang 17 hari di China sangat kecewa dan marah serta mempertahankan kami dari ditangkap oleh sang penguasa.
“Namun akur akhirnya kami ditangkap dan dipaksa ke heret ke balai,” katanya.
Selepas empat jam disoal siasat dan perbincangan bersama ketua balai, pemandu pelancong dan ketua ekspedisi, rombongan tersebut dilepaskan daripada melakukan kesalahan memasuki masjid dan bersolat tanpa permit polis.
Tambah Zikri, jika memasuki Xinjiang sebagai pelancong, anda akan dilayan dengan baik sebagai pelancong serta dibawa ke tempat-tempat menarik di sekitar Xinjiang yang telah ditetapkan oleh kerajaan sahaja.
Bagaimanapun, tiada interaksi bersama penduduk dibenarkan. Malah terdapat masjid yang dibenarkan untuk dikunjungi para pelancong namun dilarang untuk bersolat, ujarnya.
Sumber: MalaysiaGazette via https://ift.tt/2TP95R3
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2t0YzcY
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2sjaORW
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment