Saturday, 14 December 2019

PENTING Semak, Kemaskini PENAMA Akaun KWSP Elak Risiko Pengeluaran Disekat!


Bagi pencarum KWSP adalah penting menyemak kembali dan kemaskini penama dalam akaun tersebut. Ia bagi mengelakkan jika berlakunya kematian, waris tidak dapat mengeluarkan simpanan yang ada. ‘Cakap-cakap mulut’, sijil kematian, mahupun sijil pernikahan tidak laku untuk mengeluarkan duit simpanan.

Ini kerana prosedur standard mana-mana institusi kewangan, jika berlaku kematian tanpa penama,memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA(letter of admin) jika tidak berwasiat.

Untuk penjelasan lanjut, baca penerangan oleh Pegawai KWSP, Imann Foad ini sebagai rujukan;
“Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya.Nahh ini dia sijil kematian suami saya.”

“Boleh tunjukkan surat kuasa jika nak keluarkan duit arwah suami?”
Tanya pegawai yang bertugas di kaunter.

“Kenapa perlu surat kuasa pulak tuan.Bukankah arwah suami saya meletakkan nama saya sebagai penama EPF beliau?” Soalan dibalas dengan soalan.

“Mengikut dalam sistem kami,arwah suami puan tidak pernah meletakkan sebarang penama untuk akaun EPF beliau.”

“Apa? Kenapa macamtu pulak.Sijil kematian dan surat nikah ni tak cukup kuat ke bukti untuk saya keluarkan duit arwah?” Tanya balu tersebut sambil menangis teresak-esak.

“Maaf puan.Ini prosedur standard mana-mana institusi kewangan.Jika berlaku kematian tanpa penama,kami memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA(letter of admin) jika tidak berwasiat.Barulah duit yang di dalam akaun pencarum akan dapat dikeluarkan.”Panjang lebar pegawai tersebut menerangkan.

Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka.Tambahan pula,jika penama meninggal dahulu sebelum pencarum.

Penting Surat Kuasa

Korang tahu tak surat kuasa tu menatang apa?


SILA INGAT YA.SIJIL KEMATIAN DAN PERMIT PENGEBUMIAN SAJA TIDAK LAKU UNTUK MEMBUAT PENTADBIRAN HARTA PUSAKA.

Berlaku saja kematian dan setelah didaftarkan kematian tersebut,maka terbekulah segala harta dan aset si mati.

Jadi,semua institusi kewangan(harta alih) dan pejabat tanah(harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut.

Senang ke tak nak dapatkan surat kuasa tersebut?

Senang tapi tak mudah juga sebenarnya.

Senang jika waris bekerjasama untuk sama-sama turun semasa hari bicara di pejabat pusaka kecil.

Tak nak turun? Boleh saja.Tunjukkan borang DDA(dicop pesuruhjaya sumpah) dan dinyatakan siap-siap bagaimana pembahagian harta samada muafakat atau faraid.Kalau nak tolak bahagiannya pun kena nyatakan juga.

Harta simati melebihi 2 juta yang lagi haru.
Masalah tau!

Terus nak kena tadbir melalui mahkamah tinggi tau.

Kena ada dua orang penjamin yang harta mereka bernilai melebihi 2 juta jugak.

Kos siapa nak tanggung?

Waris ler.

Payah jugak kan.

Nak senang cerita,semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita guys.

Buatlah perlantikan pentadbir harta supaya pabila kita meninggal kelak,harta dapat ditadbir dengan cepat.


Periksa & Kemaskini Penama

So guys, saya nak bagi pesanan khidmat masyarakat ni.

Sila check semula penama EPF kalian.Begitu juga penama di institusi kewangan lain seperti insurans/takaful, TH dan juga akaun ASB.

Kemaskini jika penama sudah meninggal.

BIG NO!Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun.

Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.

Tapi,harus diingat.Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja.Pembahagian wang epf tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.

Itu belum lagi masuk cerita akaun simpanan bank,pelaburan yang tidak mempunyai fungsi penama.Rumah,kereta,tanah dan lain-lain.

Jadi,masih memerlukan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka tersebut.

Penamaan

Apabila anda membuat penamaan, anda memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggal dunia. Anda boleh buat perancangan awal dengan membuat penamaan anda bagi mengurangkan kesulitan dan juga untuk memastikan mereka mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia.

Siapa Yang Boleh Membuat Penamaan:

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap (PR)/Bukan Warganegara (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998).


Kepentingan Penamaan:

  • Memendekkan proses pengeluaran.
  • Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah.
  • Memastikan waris mewarisi simpanan anda.


Jadi,jom bertindak sekarang.

Datanglah kemana mana cawangan KWSP berdekatan anda. Kemaskini PENAMA TUAN PUAN.

Terima kasih
Iman,
Kwsp kulai

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi pastikan kemaskini penama serta membuat penamaan mengikut syarat dikongsikan tersebut bagi memudahkan sebarang urusan pengeluaran duit untuk kegunaan waris nanti.

Baca Lagi Disini: Rupanya Ada 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Awal Tak Perlu Tunggu Umur Nak Bersara!



from Sehinggit Media News https://ift.tt/34n9cn6
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2YSWwUe
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment