Wednesday 6 December 2017

Wanita Cuba Menjadi ‘Kembar’ Angelina Jolie Dengan Menjalani Pembedahan, Tetapi Menjadi Zombi


Sensasi Instagram warga Iran, Sahar Tabar, mendakwa pada pihak media bahawa beliau telah menjalani 50 kali pembedahan dalam cubaan untuk memiliki wajah persis bak Angelina Jolie. Namun, pembedahan itu menjadikan wajahnya tidak ubah seperti zombi. 


Justeru itu, Sahar Tabar digelar sebagai “Pengantin Tengkorak” dan zombi oleh orang ramai, namun beliau membidas segala kritikan yang diterima menerusi kenyataannya pada 28 November.

“Anda dan keluarga anda akan mendapat balasan”, kata Sahar Tabar pada laman Instagram sahartabar_official. “Terimalah balasan tidak lama lagi kerana bertindak menghakimi dan memburukkan seseorang”, tulisnya. Media sosial asing juga turut dikecam kerana membuat liputan secara berat sebelah.

“Laman sesawang asing sangat berat sebelah menerusi komen yang ditinggalkan pada gambar saya”, kata Tabar. Tidak dapat dipastikan pula hasil wajahnya itu terhasil menerusi pembedahan, tatatias, ataupun sentuhan penyuntingan menggunakan Photoshop.


“Saya rasa orang-orang berkenaan masih hidup dalam kurun ke-18. Mungkin mereka tidak pernah tahu akan teknologi dan mekap”, tambah Tabar. Beliau kemudiannya menafikan bahawa beliau menjalani 50 kali pembedahan dan menjelaskan bahawa beliau hanya menjalani sekali sahaja pembedahan.


Menurut terjemahan kenyataannya :

“Hello para pengikut saya, saya akan tetap menyimpan gambar yang anda kritik walaupun saya tidak menyukainya….saya harus jelaskan bahawa saya hanya menjalani sekali sahaja pembedahan, bukannya 50 kali. Laman web asing pula sangat berat sebelah dalam memberikan komen pada gambar-gambar saya. Saya rasa mereka ini masih hidup pada kurun ke-18 kerana tidak tahu akan teknologi dan mekap.

Apa yang dinyatakan oleh sesetengah laman web mengenai saya dan keluarga saya menunjukkan terdapat tanda-tanda cemburu dan iri terhadap saya. Wahai rakan-rakan saya, anda tetap menghakimi dan memburukkan orang lain. Tanpa keraguan lagi, kehidupan anda dan keluarga pasti akan menerima balasan kerana cepat benar menuduh. Sahar Tabar bukanlah seperti yang anda fikirkan, dan akan dikenali di dunia (dengan cara yang baik) dan pasti ramai yang akan menyesal kerana berkata tanpa berfikir dahulu. Tolong hormati citarasa saya dan jangan lupa siapa diri anda”.



Gambar ini dimuat naik oleh beliau menunjukkan swafotonya sebelum pembedahan


Inilah Sahar


Remaja berasal dari Tehran ini memulakan pembedahan hidungnya


Ini pula gambarnya setelah selesai pembedahan


Tabar telah berkongsi banyak swafoto di media sosial, di mana ia mencetuskan kontroversi dan perdebatan di kalangan pengikutnya.

“Anda sangat cantik!” komen seorang pengguna.

“Anda cantik! Sila kekalkan penampilan anda begini”, kata seorang lagi pengikutnya.

“Anda merupakan gadis yang menawan….dan kini anda kelihatan teruk”, kata seorang lagi pengguna.


Kebanyakan pengikut Sahar memintanya untuk mengurangkan modifikasi pada dirinya kerana penampilannya kini sangat ekstrim dan tidak ubah seperti zombi. Tetapi Sahar tidak mengendahkannya.


Ramai pengikutnya lebih suka akan penampilannya terdahulu.


“Beliau sangat cantik sebelum ini”, kata pengguna.


Apa pula pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ktXKVP
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jm3Rb5
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment