Percaya atau tidak, tuan empunya cerita tidak memaksa untuk berbuat demikian. Katanya, hanya sekadar berkongsi kejadian 'pelik' yang baru saja berlaku pada keluarga mereka di mana kedudukan patung mainan anak perempuan secara tiba-tiba berubah posisi.
Siapa yang mengalihkannya? Adakah patung itu 'bernyawa'? Adakah patung bernama 'Baby' itu berpenunggu. Tiada siapa yang tahu dan apa yang kita semua tahu, patung itu telah dibakar si ibu kerana bimbang dengan keselamatan keluarga mereka.
ASSALAMUALAIKUM. Apa yang akak nak ceritakan ini adalah benar dan bukan rekaan. Bolehlah diambil iktibar bersama.
Beberapa hari lalu, akak ada ternampak post di Facebook yang ustaz kata tak boleh simpan mainan berbentuk patung di dalam rumah. Terus terang akak cakap, akak memang tak percaya sebab Jasmine ada banyak patung di rumah, tetapi tak pernah pula berlaku sebarang kejadian yang pelik.
Nak dijadikan cerita, Lily demam. Malam tadi sekitar jam dua pagi, badan dia panas balik dan akak bangun untuk bashkan badan dia. Sambil basahkan badan anak, akak ternampaklah patung itu dengan kedudukan seperti dalam gambar. pertama itu.
Jasmine memang suka letak patungnya begitu, 'baby' tidur katanya. Memang tak ambil portlah kan. Kemudian bagi susu pada Lily dan semua sambung tidur dan Lily pun tidur.
Dalam lebih kurang jam empat pagi, Lily terbangun lagi dan suhu badannya naik semula. Akak pun bangunlah nak basahkan badan dia. Kemudian mata akak terus tertoleh pada patung tadi. Terus berdiri bulu roma. Kepala jadi besar tiba-tiba.
Akak tanya suami, ada tak alihkan patung itu ke? Suami cakap tak ada. Bertambah seriaulah. Mula-mula patung itu dalam kedudukan gambar pertama, tetapi kenapa tiba-tiba saja kedudukannya seperti dalam gambar kedua itu?
Sumpah demi Allah, akak tak tipu. Dengan Lily demam kuat lagi ni. Akak terus teringat pada post yang ustaz kata tak boleh simpan patung itu sebab akak tak percaya kan, sekarang dah terkena dan terjadi pada diri sendiri.
Akak kongsi sebagai peringatan bersama. Yang rasa macam tak percaya, rasa akak reka cerita itu tak apalah. Akak tak paksa untuk percaya. Tetapi satu hari nanti kalau terkena pada diri sendiri, tahulah rasa macam mana. Hehe.
Ni akak nak bawa Lily pergi berjumpa dengan ustaz. Kalau tak kebah juga, kena pergi hospital lagi. Doakan Lily cepat sembuh. Gambar-gambar di ini akak snap semula sebelum patung ini dibakar untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada semua. Masa kejadian, tak sempat nak rakam pun sebab bukan tahu insiden ini nak terjadi kan. Doakan semuanya baik-baik sahaja.
Sumber: Aziey Mat Ghani via The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2kWfzdk
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BOlnA5
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment