Difahamkan, waris murid berkenaan telah menarik balik kes tersebut dan tidak hadir ke mahkamah hari ini.
"InshaAllah saya akan bekerja seperti biasa. InshaAllah untuk anak-anak murid. Dan saya takkan berdendam apa-apa, profesional, saya akan bekerja macam biasa, semua anak murid adalah anak saya.
"Saya bersyukur sangat, Allah saja yang tahu. Dari lubuk hati saya menghargai dan berterima kasih seluruh rakyat Malaysia, khasnya kepada guru, NUTP, maaf kalau ada yang tak dapat saya sebut sebab mungkin saya terlupa pada waktu ini. Tapi saya berterima kasih kepada semua yang hadir.
"Yang dirumah, yang doakan saya dari jauh, sampai ke Mekah pun ada yang mendoakan saya. Saya hargai semua sokongan yang sahabat, saya anggap kalian semua adalah sahabat saya, saudara saya. InshaAllah dan semoga Allah merahmati kita semua.
"Saya maafkan anak murid saya dan keluarganya. Saya doakan anak murid saya menjadi anak yang baik dan manusia yang berguna," katanya.
Apabila ditanya wartawan apakah akan ada pertemuan dengan pihak keluarga murid terbabit, Cikgu Azizan hanya menyerahkan keputusan itu kepada pihak sekolahnya.
Terdahulu, Cikgu Azizan didakwa mencederakan muridnya dan berdepan dengan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Cikgu Azizan pada dakwa selepas dipercayai mendenda muridnya atas kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi rakan-rakannya untuk terjebak dalam aktiviti tidak sihat itu.
Murid yang sama itu juga dilaporkan sememangnya mempunyai masalah disiplin, terlibat dalam kes buli, memukul murid lain serta ponteng sekolah.
Bagaimanapun, Cikgu Azizan pada 31 Oktober lalu mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu dan diikat jamin RM500.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2CBFIV8
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BdbJH6
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment