Thursday, 14 December 2017

Netizen Tertawan Dengan Sifat Romantik Tengku Permaisuri Norashikin


Tengku Permaisuri Norashikin mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Majlis Jamuan Teh Diraja di Padang Mahkota, Istana Alam Shah kelihatan jelita dengan mengenakan baju kurung moden warna merah jambu sedondon dengan Baginda. Wajah anggun Norashikin yang sentiasa tersenyum membuatkan rakyat jelata tidak melepaskan peluang merakamkan gambarnya.




Romantik kan? Menurut tinjauan kami di ruangan komen Instagram @SelangorRoyalOfficial, setiap gambar Tengku Permaisuri Norashikin menerima komen positif dan pujian netizen.



Kebanyakan mereka memuji kecantikan baginda yang disifatkan sebagai ‘natural beauty’ selain kesederhanaan dalam berpakaian yang menyerlahkan lagi kejelitaan Tengku Permaisuri Norashikin selaku kesayangan rakyat Selangor.



Pada 31 Ogos 2016, Sultan Sharafuddin selamat dinikah dengan Tengku Permaisuri Norashikin di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Tengku Permaisuri Norashikin pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).

Sumber: Hangat.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2o6kOLo
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2yt6tsx
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment