Wednesday 6 December 2017

Awas! 5 Pelakon Ini Mempunyai Seni Mempertahankan Diri


Lazimnya jika kita menonton sesebuah drama mahupun sesebuah filem aksi, pelakon lagak ngeri yang bakal mengambil alih babak berlawan mahupun sesuatu yang diluar kemampuan pelakon asal. Namun tahukah anda, 5 pelakon ini sememangnya berkebolehan dalam seni mempertahankan diri dan kebanyakan babak berlawan adalah dilakonkan mereka sendiri. Kami senaraikan hotlist 5 pelakon tersebut!

1. Eman Manan

Sebelum munculnya nama – nama hebat seperti Norman Hakim, Zul Ariffin dan ramai lagi, Eman Manan terlebih dahulu mencuri tempat sebagai hero filem malaya sekitar 80 dan 90an. Disebalik perwatakannya yang Macho, Eman sebenarnya mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri iaitu silat.


Pernah memberi kenyataan bahawa seperti tiada pelapis pelakon yang berkebolehan, suatu masa dahulu boleh dikatakan filem aksi pasti akan terlihat Eman memainkan peranannya.


2. Hairul Azreen


Bermula dari pelakon lagak ngeri, siapa sangka Hairul Azreen berjaya menempa nama sebaris dengan pelakon lelaki popular di Malaysia. Malah untuk pengetahuan anda, Hairul merupakan bekas atlet taekwando negeri Selangor sebelum bergelar selebriti.

3. Datuk Adi Putra


Melihatkan seni mempertahankan dirinya dalam setiap filem aksi seperti filem Tailong pasti membuatkan ramai kagum. Malah setiap langkahnya begitu kemas melihatkan nama Datuk Adi Putra sebagai pelakon aksi yang cukup dikenali ramai

4. Aaron Aziz

Siapa sahaja tak kenal dengan Aaron Aziz yang sememangnya menjadi hero pujaan gadis – gadis di Malaysia.


Kami di Hangat.com tidak pasti bahawa apakah seni mempertahankan diri yang dipelajari oleh Aaron akan tetapi setiap aksi yang dibawakannya pasti meninggalkan kesan pada para penonton.

5. Pablo Amirul

Beliau memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon tambahan dan model sampingan hinggalah kearah kerjaya sebagai pelagak ngeri pada 3 bulan pertama pembabitannya di dalam bidang lakonan.


Sehinggalah bakatnya disedari oleh Ahmad Idham apabila diberi peluang berlakon sebagai pelakon pembantu di dalam filem pertama beliau iaitu Anak Jantan.

Sumber: Hangat.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2Ae0KMY
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AyVMJO
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment