Tuesday 2 May 2017

'Saya Tertidur Dan Tiba-Tiba Terasa Ada Tangan Meraba Dada Saya' - Gadis Ini Beranikan Pertahankan Diri Setelah Dicabul Oleh Lelaki Miang Dalam Bas


Bas merupakan pengangkutan alternatif yang murah bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Namun, menaiki bas terutamanya wanita terdedah dengan gangguan seksual dari lelaki yang miang. 

Baru-baru ini seorang gadis mengalami pengalaman yang menakutkan ketika menaiki bas ke Batu Pahat yang kemudiannya menjadi viral di media sosial. Mangsa, Xin Yan bekerja di Singapura dan akan pulang ke kampung setiap hujung minggu menceritakan pengalaman nya itu. 

"Tak Jangka Berlaku Pada Saya"

Saya telah bekerja di Singapura sejak tiga tahun lalu dan sentiasa berhati-hati tentang keselamatan diri. Saya tidak menjangka ini akan berlaku kepada saya,"

Seseorang dari belakang telah memeluk pinggang dan meraba alat sulit dari tempat duduk belakang. 

Saya menoleh ke belakang dan seorang lelaki yang sedang duduk di belakang saya cepat-cepat berpaling ke arah lain dan saya sambung main telefon. Namun, saya tertidur dalam perjalanan dan ketika saya sedang tidur tiba-tiba saya terasa ada tangan di dada saya!

Saya sangat terkejut, sukar mahu percaya apabila lelaki tadi yang duduk di belakang saya kini di sebelah saya.

Dia segera kembali ke tempat duduknya. Saya pergi kepadanya dan menjerit 'you buat apa?. Dia berpura-pura membetulkan penghawa dingin,

You jangan cakap banyak, you raba saya atau tak, nanti ikut saya ke balai polis dan jelaskan kepada pihak polis nanti. Saya segera memberitahu pemandu bas apa yang telah berlaku dan pemandu bas meminta lelaki tersebut untuk duduk dan tidak dibenarkan keluar dari bas.

"Cuba Melarikan Diri"

Apabila bas sampai di perhentian bas Ayer Hitam, lelaki tersebut ingin turun dan memberi alasan emaknya sedang menunggu tapi telah dihalang oleh penumpang lain. 

Bagaimanapun, apabila seorang penumpang turun dari bas di Parit Raja, lelaki itu berjaya melarikan diri menggunakan pintu kecemasan. Penumpang lain kemudian mengejar lelaki itu dan dengan bantuan orang awam mereka berjaya menangkap dan menyerahkan kepada pihak polis. 

Gadis tersebut menasihati wanita supaya lebih berhati-hati dan jangan takut untuk bersuara ketika menghadapi situasi yang sama.

Sumber: Kaki Share


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2p3TOHX
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pDriPm
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment