Polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat wanita berkenaan yang ditemui berhampiran landasan kereta api di daerah Damoh, Madhya Pradesh, pagi semalam.
Apabila pegawai polis tiba di lokasi, orang ramai sedang mengerumuni mayat wanita berkenaan dan bayinya yang menangis.
Saksi, Monu Balmiki, 27, berkata, "Kami ternampak seorang wanita terbaring berdekatan landasan kereta api dan segera maklumkan kepada polis.
"Tetapi apabila kami menghampiri wanita berkenaan, kami terkejut bila ternampak ada seorang bayi yang berada disisinya yang sedang menyusu badan," katanya yang turut mengakui sedih dan menangis menyaksikan kejadian itu.
"Kami terkejut melihat keadaan itu, ianya sangat menyedihkan. Kami tidak pernah melihat kejadian seperti ini, ia sangat meruntun hati kami semua," katanya.
Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat dan siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kematiannya.
"Kami percaya mangsa telah dilanggar berdasarkan pendarahan di hidung dan telinganya.
"Kami cuba menjejak alamat rumah mangsa dan mencari maklumat dirinya agar ahli keluarganya dapat dimaklumkan," katanya.
Menurut jurucakap hospital, "Bayi itu dibawa ke hospital ini sekitar jam 10 pagi (semalam).
"Pemeriksaan telah dijalankan padanya dan mendapati dia hanya mengalami kesejukan sahaja. Bagaimanapun telah diberi ubat.
"Dia tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan kami akan memastikan dia dijaga dengan baik buat sementara waktu ini," katanya.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2r3qNR9
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rFBev4
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment