Pelbagai cara dan teknik pemasaran yang digunakan oleh peniaga untuk melariskan produk dan barangan jualan mereka.
Kadang-kadang ada segelintir dari golongan ini bukan sahaja sanggup menipu dengan mengatakan sesuatu barangan tersebut adalah sangat berkualiti, malah mereka juga langsung tidak menghiraukan aspek keselamatan atau risiko bahaya yang akan ditanggung oleh pengguna.
Dalam zaman yang segalanya mudah dan hanya di hujung jari ini, maka ramailah golongan wanita terutamanya terpengaruh dengan segala iklan dan promosi yang disiarkan dalam sebuah rancangan khas di sebuah stesen televisyen berbayar ini.
Untuk makluman, program tersebut memang dikhaskan untuk mempromosikan barang-barangan yang kebanyakannya adalah alat-alat keperluan di rumah.
Namun malangnya, baru-baru ini tular rakaman yang mendakwa barangan-barangan yang dijual di sini adalah tidak berkualiti dan semuanya 'cap ayam'.
Menerusi rakaman berdurasi 21 saat itu, seorang chef sedang membuat demo masakan menggunakan periuk yang dikatakan boleh menjimatkan tenaga sebanyak 80%.
Segalanya 'kantoi' apabila periuk yang dipromosikan itu meletup secara tiba-tiba ketika sedang bersiaran secara langsung.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qtlUOa
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2r3jFUk
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment