HARI JUMAAT LAGI HEBAT DARI HARI RAYA. Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya hari Jumaaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah. Iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam as, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat. (HR. Ibnu Majah)
BERLAKUNYA LIMA PERISTIWA PENTING ALAM INI. Daripada Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkan ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat masa yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan pada hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat. (HR. Ahmad)
JUMAAT ADALAH ANUGERAH TERHEBAT! Demikian hebatnya hari Jumaat. Hayati hadith-hadith di atas kita dapat rasakan satu peluang yang maha hebat yang disediakan oleh Allah buat kita jambaNya. Doa sayangkan hamba-hambaNya sebab itu disediakan ganjaran yang cukup hebat segabai tanda anugerah, pemberian dan hadiah buat mereka yang payak mendapatkannya. Lakukanlah pasti Allah gadakan ganjaran dan luaskan kerahmatan juga keselamatan di dunia malah yang lebih penting lagi kebahagiaan di aalam sana nanti.
Saiyidul Aiyam. Jumaat adalah hari yang cukup istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasululla s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Jumaat dinamakan sebagai Saidul Aiyam iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).
KITA UMMAH YANG TERPILIH. Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk. (HR.Muslim)
HARI JUMAAT HARI YANG PENUH KEBAIKAN DAN AMAT BERKAT. Kita tahu bahawa Allah a.w.t. telah menjadikan kota Makkah dan Madinah sebagai kota yang suci lagi berkat; Dia juga menjadiukan dan memuliakan 3 buah masjid utama dalam Islam iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa; Allah s.w.t. juga menjadikan bulan Ramadhan Al-Mubarakah sebagai bulan paling mulia di berbanding bulan-bulan yang lain dan dalam bulan ini juga disediakan malam 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar sebagai hadiah terhebat dalam hidup ummat Muhammad s.a.w; Dia juga menjadikan satu pertiga malam sebagai masa dan waktu yang paling berkesan dan mustajab untuk munajat dan mendekatkan diri kepada Pencipta dan Pemilik alam semesta; demikian juga hari Jumaat, hari yang diangkat darjatnya sebagai 'Sayyidul Ayyam' iaitu penghulu bagi seluruh hari. Hari Jumaat ini adalah hari yang paling utama dan berharga buat kita semua yang mana padanya disediakan sungguh banyak kebaikan, kemenangan, peluang yang hebat untuk kita meraih pahala yang berganda-ganda!
KIAMAT NANTI JUGA PADA JUMAAT. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam A.S. diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya. "(HR .Muslim)
TAK BUAT RUGI ... Berikut adalah 11 amalan paling utama dan hebat keuntungannya bagi mereka yang mengamalkannya. Bergembira dan berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh meraih keuntungan padanya dan amatlah ruginya mereka yang mengabaikannya!
AMALAN PERTAMA: Memotong Kuku. Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang sebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, "Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan."
AMALAN KEDUA: Membaca Surah Ali-Imran. Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu."
AMALAN KETIGA. Membaca Surah Al-Kahfi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat."
AMALAN KEEMPAT. Mengucapkan Selawat Ke atas Nabi s.a.w. Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah Taala memberi rahmat 10 kali ganda. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)". (HR.Al-Baihaqi) Allah Taala juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi) ". (QS.Al-Ahzab: 56)
AMALAN KELIMA. Membaca Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah
AMALAN KEENAM. Mandi Sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang." Dan sebuah hadith daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu. (Muttafaq alaih)
Manakala sebuah lagi hadith yang menerangkan tentang mandi sunat hari Jumaat adalah sebuah hadith daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama. (HR.Imam Abu Daud dan Tarmidzi).
AMALAN KETUJUH. Solat Jumaat. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada masa kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat. "
AMALAN KELAPAN. Berdoa Bersungguh-sungguh. Majoriti ulama 'berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ibnu Qayyim Al-Jauzi berkata: Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama masa duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar. Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan. (HR.At-Tirmidzi).
Sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan ". (HR.Al-Bukhari dan Muslim)
AMALAN Kesembilan. Banyakkan Bersedekah. Sedekah pada hari itu lebih utama berbanding sedekah pada hari-hari lain. Ibnu Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lain seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain. Hadis dari KaĆ¢ab menjelaskan: Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.
Sekian perkongsian ringkas daripada saya. Moga hari Jumaat kali ini lebih banyak manafaat dan kemenangan yang kitadapat berbanding hari-hari Jumaat yang sebelum ini. Mereka yang lebih baik dan lebih banyak amalannya sekarang berbanding hari-hari sebelumnya pasti diberikan Allah s.w.t. hidup yang tenang, kaya dan bahagia. Segala yang berlaku semasa di dunia dapat diharungi dengan penuh ketabahan dan mempunyai iman yang teguh. Sebagai balasan dan ganjaran dari Allah s.w.t. adalah bertemu denganNya dan dikurniakan syurga firdaus yang kekal kita di dalamnya buat selama-lamanya. InshaaAllah ... Wallahua'lam.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rZhizM
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2r1pEJL
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment