Thursday 25 May 2017

Ini Antara Waktu Terbaik Untuk Minum Air Kosong Yang Anda Mungkin Tidak Tahu


Minum air kosong sememangnya penting untuk menjaga kesihatan tubuh, melancarkan metabolisma tubuh sekali gus memelihara berat badan ideal. Ini kerana dengan cukupnya kandungan air dalam badan, ia sekali gus membantu pembakaran kalori dengan lebih cepat.

Tapi tahukah anda waktu bila kita harus mengamalkan untuk minum air kosong ini? Ini kami kongsikan semoga bermanfaat.

Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2r1ul4n
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2r2xlj6
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment