Kecoh sekarang ini tentang khabar angin yang mengatakan aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan yang didakwa telah meninggal dunia akibat daripada nahas kapal terbang peribadinya yang dikatakan terhempas.
Menurut sumber, ada pula individu yang tidak bertanggungjawab telah mewujudkan akaun facebook R.I.P Shah Rukh Khan untuk menarik perhatian para netizen dan dikatakan akaun ini telah menerima hampir 1,000,000 like.
“Pada kira-kira 11 pagi, Ahad lalu (28 Mei 2017), pelakon yang kita cintai Shah Rukh Khan meninggal dunia. Shah Rukh Khan dilahirkan pada 2 November 1965 di New Delhi. Pemergiannya akan dirindui tapi tidak akan dilupakan.
“Sila tunjukkan simpati dan takziah anda dengan menulis komen di laman Facebook ini,” tulis status pada berita palsu tersebut.
Rentetan daripada berita kematian Shah Rukh Khan itu, beratus-ratus ucapan takziah dan rasa simpati telah diluahkan pada ruangan komen status tersebut.
Walau bagaimanapun, ada segelintir pihak yang meragui dan tidak percaya akan berita ini kerana telah berlaku terlalu banyak berita palsu tentang kematian artis terkenal.
Mereka juga berkata, pihak yang sepatutnya melaporkan berita ini adalah daripada pihak media dan bukan hanya sekadar di laman facebook.
Isnin lalu, wakil Shah Rukh Khan sendiri telah memberikan kenyataan dengan menafikan berita ini.
"Beliau kini turut termasuk dalam senarai panjang selebriti yang menjadi mangsa penipuan ini. Dia masih hidup dan berada dalam keadaan baik. Berhenti mempercayai apa yang anda baca di Internet," ujarnya.
Sumber: Media Hiburan
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rFpRDF
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rV6G8K
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment