Monday 22 May 2017

Polis Serbu Pesta Seks, 144 Lelaki Gay Ditahan


Jakarta Utara - Seramai 144 orang lelaki gay ketika serbuan ke atas sebuah pusat kecergasan Atlantis Jaya di Kelapa Gading, di sini semalam.

Memetik laporan Liputan 6, kesemua lelaki yang ditahan itu dipercayai sedang berhibur dalam acara yang dikenali sebagai 'The Wild One' yang merupakan acara tahunan pusat kecergasan berkenaan yang sudah tiga tahun beroperasi.

Dalam serbuah itu, pihak polis turut menemui ratusan kondom, bukti bahawa aktivi seks turut berlaku di premis tersebut.

Pihak polis terpaksa mengambil masa selama dua minggu untuk melakukan penyiasatan sebelum membuat serbuan kerana pihak premis mengenakan syarat yang ketat iaitu seseorang itu perlu mendatar terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki premis tersebut.







Ketika serbuan dilakukan, kesemua lelaki berkenaan didapati tidak berpakaian panik apabila diserbu dan ada diantara mereka cuba untuk melarikan diri, walau bagaimanapun cubaan mereka gagal apabila semua kawasan itu telah pun dikepung oleh polis.

Pihak polis turut menyita premis berkenaan selain merampas beberapa bahan bukti lain seperti tiket, rakaman CCTV dan lain-lain lagi.

Kesemua lelaki yang ditahan dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan dan juga bagi membantu siasatan yang dijalankan.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qdFPzR
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2q4zYBA
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment