Tuesday 2 May 2017

Pasangan Gay Kantoi Menyamar Perempuan Dakwa Disihir, Kena Minum Air Mani Lelaki


KUALA LUMPUR: Helah dua lelaki gay menyamar sebagai perempuan bagi memperdayakan golongan lelaki sehingga menyebabkan beberapa mangsa kerugian hampir RM16,000 membawa padah apabila kegiatan pasangan songsang itu dibongkar seorang pengguna Facebook.

Menerusi kemaskini status dimuat naik Manna Melynna semalam, identiti dua pasangan gay itu didedahkan bagi mengelakkan lebih ramai lelaki menjadi mangsa penipuan mereka yang bertopengkan ‘wanita tulen’.

Manna berkata, kedua-dua lelaki itu menggunakan akaun Facebook dengan nama Chinta ChanduRi dan Syarifah Syakilla untuk menjalankan aktiviti penipuan mereka dan menggunakan kata-kata manis sehingga menyebabkan mangsa terpedaya.

"Hasil siasatan saya sendiri, dia menggunakan gambar orang lain dan menyamar menjadi Chinta Chanduri dan Syarifah Syakilla dengan menagih simpati orang kononnya dia janda anak satu, bercerai sebab dipukul suami.

"Selain itu, dia juga mengajak mangsanya bertunang atau berkahwin, seterusnya disuruh diberikan wang agar dapat membeli cincin tunang/kahwinnya," katanya dalam catatan di entri tersebut.

Manna turut memuat naik sebuah rakaman video, selain beberapa keping gambar yang antaranya menunjukkan pasangan gay itu berpelukan antara satu sama lain dan beberapa resit transaksi pemindahan wang ke dalam akaun bernama Syukran Sabrin Shukri, dipercayai milik salah seorang daripada suspek.

Dakwa Manna, kebanyakan yang menjadi mangsa penipuan pasangan gay itu adalah orang Melayu dan warga asing terutamanya dari Indonesia yang kerugian wang antara RM7,000 hingga RM16,000.



Apa yang lebih mengejutkan, selepas kegiatan pasangan songsang itu terbongkar, suspek yang berusia 23 tahun mendakwa bahawa dirinya ‘disihir’ oleh seseorang di mana kesan sihir tersebut akan membuatkan suspek masuk ke dalam badan seorang lelaki.

“Ubatnya untuk kembali ke susuk tubuh asal adalah dengan cara meminum sperma orang yang dia suka.

“Secara berdepan, saya agak terkejut kerana dia memang pandai buat-buat (meniru) suara perempuan,” kata Manna.

Difahamkan, kedua-dua suspek telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: Malaysian Digest 


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oWccHo
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2qqDKoo
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment