Kali ni saya nak cerita sedikit kisah suami saya.. sebagai tanda penghargaan dan cinta saya.. Kami telah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan 3 org anak.. Perkahwinan kami sama seperti org lain ade suke ada duka.
"Suami Romantik Dengan Cara Dia Sendiri"
Skrg kami sedang mengalami krisis ekonomi yang agak teruk kerana suami kehilangan kerja tahun lepas.. 2 buah kereta kami dah dijual.. Namun saya tetap bersayaukur masih ade rumah dan sebijik moto.
Suami saya pun baru sahaja dapat kerja.Insayaallah..kami pasti boleh melalui kesukaran ini seperti masa2 yang sudah.. Hidup kite ibarat roda kadg diatas kadg dibawah..berbalik pada cerita suami saya... saya bersyukur dikurniakan suami yang penyayang, rajin kerja dan baik.. Maaf bukan mendabik dada tapi itulah rezeki saya.
Suami saya tak romantik. Selama 13 tahun kami bersama tak pernah sekali pun dia kasi saya bunga.. tapi dia romantik dengan cara dia yang tersendiri.. Antaranya.. Ketika kami susah.. Jika ade sebungkus makanan sanggup dia kata dia dah makan padahal dia belum makan.. Dia seorg yang jenis penyabar.
"Beli Kek Batik RM1.50"
Bayangkan kami bukan org senang.. Nak beli kasut saya sepasang je so saya nak pastikan saya puas hati. Dia sanggup teman saya pergi 10 kedai tapi last2 beli kat kedai pertama jugak.. Huhu.. Sikit pun dia tak merungut.. Lepas tu.. Kalau duit dalam tangan dia tinggal 10 ringgit saya plak terlepas cakap nak makan sesuatu dia sanggup belikn padahal duit tinggal 10 rgt je.
Tahun ni kami tgh susah..awal tahun hari tu ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10.. Dia takde duit.. Dia belikan saya sepotong kek batik berharga RM1.50 yang dah siap dipack2 yang memg dijual di kedai tu. Memang kelakar tapi jauh dalam hati saya tersentuh sgt.
Lepas tu ade skali tu saya nak gi watson kat dalam bangunan kompleks.. Masalahnya watson tu bukak pukul 10.. tapi kami keluar sarapan pukul 8.. Dia sanggup teman saya tunggu watson bukak pukul 10 sambil jalan2 dalam kompleks yang belum ade kedai pun bukak..saya suke dia picit kaki saya.
"Kami Tetap Bahagia Selagi Ada Satu Sama Lain"
Dia romantik pada saya bila dia boleh tolong wax kan ketiak saya.. Dia romantik pada saya bila dia suke kentut depan saya.. Dia romantik pada saya bila dia tak berkira duit dengan saya.. Kawan2 jgnlh anggap saya nak menunjuk2.. Ini sekadar penghargaan saya buat suami...banyak sbnrnya suka duka yang kami dah tempuh bersama2 selama 10tahun berkhwin.
Hargailah suami kite seadanya. Tetaplah bersama2 dengannya ketika dia susah. Berikan kata2 semangat.. Kami skrg kehulu hilir naik moto ber5 ..tapi kami tetap bahagia selagi kami ade satu sama lain...doakan rezeki anak2 kami sentiasa ada insayaallah.. Sekian terima kasih
Sumber: Kaki Share
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qs3myp
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2qsyPAf
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment