Monday 6 March 2017

Siti Kasim Tolak Pelawaan Debat Dengan Dr Zakir Naik, Anggap Sebagai Satu Cadangan Bodoh


KUALA LUMPUR: Selepas menerima pelbagai cadangan untuk berdebat dengan pakar perbandingan agama, Dr. Zakir Naik dilontarkan kepada Siti Kasim, nampaknya peguam berkenaan telah tampil memberi respon mengenai perkara itu semalam, lapor Utusan Online.

Siti Kasim melalui status dilaman Facebook nya telah menolak untuk bersemuka dengan pendakwah terkenal itu, menurut beliau cabaran yang dicadangkan kepadanya itu dianggap bodoh dan perlu ditolak ketepi kerana tidak mahu pihak berkenaan berhenti membuang masa beliau.

"Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr. Zakir Naik.

"Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya. Jadi, berhenti buang masa saya," kata Siti Kasim.


Siti Kasim turut mendakwa, beliau kini menjadi sasaran dalam apa yang dianggap sebagai isu gender.

"Fakta bahawa beberapa 'keldai' memilih saya dan Asiah amat ketara sekali sebagai isu gender. Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kita.

"Paling penting dalam hal ini, orang-orang bodoh ini tidak sedar ada tindakan undang-undang sedang berlangsung. Mungkin MCP ini perlu menyemak makna sub judice," kata Siti Kasim.

Kenyataan itu kemungkinan merujuk kepada tindakan 19 saman sivil daripada 19 aktivis masyarakat termasuk beliau dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2maHlCk
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mvFFpL
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment