Wednesday 8 March 2017

Saya Kesal Dengan Polis Malaysia Yang Menganggap Kes ini Tidak Ada - Luahan Gadis Yang Hampir Dirogol Warga Asing


Kota Kinabalu, Sabah - Susulan viral tentang seorang gadis yang hampir dirogol dan diragut oleh dua orang warga asing yang akhirnya koma akibat dibelasah mangsa sehingga koma masih jadi bualan ramai di media sosial.

Kes ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji tindakan gadis berkenaan kerana mempertahankan dirinya dari menjadi mangsa kepada dua orang warga asing yang dipercayai berbangsa Sulu yang tiada dokumen pengenalan yang sah.

Kes ini juga mendapat liputan Harian Metro bertajuk 'kejadian itu tidak pernah berlaku' bertarikh 6 Mac yang menyatakan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu. Asisten Komisioner M Chandra berkata tiada sebarang laporan dibuat berkaitan dengan kes tersebut.


Ekoran dengan berita itu, Alice Lien Hua, 20, mangsa yang hampir dirogol dan diragut itu tampil memberi penjelasannya melalui laman sosial facebook dengan menyatakan kekesalannya terhadap berita berkenaan.



Saya sangat kesal tindakan kerajaan Malaysia yang menganggap kes ini tidak ada. Tak mengapalah, sedangkan saya sudah nyaris mati melawan dua warga asing yang ingin meragut dan ingin merogol saya pada temph hari semasa kejadian, akhirnya kini kerajaan Malaysia anggap kes ini tidak ada fan mereka tidak bertanggungjawab.

Ya, salah saya juga sebab saya tidak menghantar report kepada mereka. Kalau blogger hubungi mana-mana pejabat polis pun saya tiada nama di balai polis sebab kerana tidak pergi membuat laporan saja sampai mereka tidak bertanggungjawab. Jadi, bukan saya tak mahu buat laporan tapi saya ada peguam dan tunggu masanya peguam saya suruh buat laporan sebab kes ini kes mahkamah.

Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak polis tapi tolong jangan anggap kes ini tidak wujud, kalau terkena pada badan sendiri atau anak-anak kamu, baru kamu tahu.

Saya juga kesal sesetengah blogger dan media yang memutarbelitkan kes ini. Saya sudah baca satu persayu, saya sudah cakap semasa dari tempat kejadian lagi kepada seorang blogger yang muncul pada masa itu, dua orang yang saya serang itu bukan saya langgar guna kereta saya tapi sekarang mereka tulis di situ saya langgar dan banyak lagi mereka putarbelitkan.

Satu saya minta, tolong jangan babitkan kes ini kepada politik yang tidak lama lagi, saya sedar saya bangsa Dusun Chinese dan yang dua orang yang ingin meragut dan merogol saya itu berbangsa Sulu tapi kenapa kes mereka disembunyikan malahan kes saya tertuar setiap hari, sehingga dianggap permainan.

Saya berterima kasih kepada kepimpinan kerajaan Sabah, kini amat selamat dan bebas dari peragut dan perogol.

Sekian dan terima kasih sekali lagi.

Alice Lien Hua

Status Alice akhirnya dipadamkan pada pagi ini dan statusnya juga sudah dimuat naik ke beberapa group di facebook.

Sehingga kini semuanya menjadi tanda tanya dan jika Alice di pihak yang benar mengapa statusnya dipadamkan? Mengapa Alice masih tidak membuat laporan polis? Semua ini menjadi tanda tanya netizen.

Berikut adalah komen-komen netizen yang membaca status Alice sebelum ia dipadamkan.



Alice sepatutnya membuat laporan polis untuk menghakimi kedua warga asing berkenaan bukannya mengambil sikap berdiam diri. Untuk apa saja kes yang berlaku melibatkan nyawa haruslah dilaporkan kepada polis



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ne39MT
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mFn2zN
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment