Thursday 9 March 2017

Rokok Penyebab Utama Kematian Di Negara Ini


PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 20,000 rakyat negara ini meninggal dunia dalam tempoh setahun akibat tabiat merokok, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, tabiat itu juga dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia sejak 30 tahun lalu.

Kos perubatan bagi penyakit akibat merokok seperti sakit jantung dan barah paru-paru pula mencecah RM3.8 bilion setahun.

"Dianggarkan sebanyak 22.8 peratus atau lima juta rakyat dewasa di negara ini adalah perokok yang berusia 15 tahun ke atas," katanya pada pada Pelancaran Program Pekerja Bebas Rokok di The Pinnacle Sunway, di sini, hari ini.

Program berkenaan adalah kerjasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM), Johnson and Johnson, Kumpulan Sunway, AIA Bhd dan Syarikat Penerbangan AirAsia. Turut Hadir, Pengarah Urusan Johnson and Johnson Malaysia, Chin Keat Chyuan, Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Anusha Thavarajah.

Subramaniam berkata, melalui pelancaran kempen berkenaan, pihaknya mensasarkan 130,000 perokok menghentikan tabiat itu dalam tempoh setahun dan tiga tahun akan datang.

Sementara itu, Keat Chyuan berkata inisiatif program itu bertujuan memberi inspirasi dan menggalakkan perokok terutamanya golongan pekerja membuat perubahan kepada gaya hidup lebih sihat.

"Pekerja bukan sahaja penting kepada ekonomi negara tetapi juga sebagai aset setiap organisasi, oleh itu, majikan juga berperanan penting dalam membantu mereka untuk berhenti merokok.

"Justeru itu, Johnson and Johnson ada menyediakan pek permulaan farmakoterapi, ceramah kesihatan, gerai serta kaunter maklumat untuk memberi bantuan kepada perokok yang ingin berhenti daripada tabiat itu," katanya.

Sumber: Berita Harian Online


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2m7Tp6z
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mMCCcT
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment