Friday 3 March 2017

Fathul Bari Mahu Atur Debat Dr Zakir Naik Dengan Siti Kassim Jika Siti Kassim Berani.


KUALA LUMPUR – Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya mencadangkan peguam Siti Kassim bersesi dialog dan mengadakan pertemuan dengan penceramah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai Dr Zakir Naik yang didakwa sebagai pengganas yang mengancam keselamatan negara.

“Dia masih tidak mengenali siapa Dr Zakir Naik. Saya boleh aturkan pertemuan itu (untuk sesi dialog beragama). Saya bukanlah PA dia, tapi saya kenalan dia. Ada yang saya lihat seorang daripada aktivis itu gayanya macam ustazah dan seorang lagi berambut putih (Siti Kassim) tapi saya tak tahulah dia daripada mana,”katanya dalam temubual secara eksklusif bersama SuaraTV hari ini.

Katanya, jika pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, sesi dialog agama sangat diunjurkan untuk kita saling mengetahui berhubung agama lain.

“Saya mohon kepada aktivis-aktivis ini sekiranya ada dalam kalangan orang Islam, agar mereka ini pergi bertemu dengan Dr Zakir Naik,”katanya yang turut menyifatkan aktivis yang ‘mengutuk’ dan mahu menangkap penceramah bebas, Dr Zakir naik sebagai kurang bijak.

Terdahulu, seramai 19 rakyat Malaysia telah memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Plaintif terdiri daripada peguam, aktivis hak asasi manusia, ahli perniagaan dan juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).

Mereka yang lain termasuklah aktivis Dr Lim Teck Ghee, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) Sabah dan peguam Siti Zabedah Kassim.

Mereka membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perisytiharan bahawa Dr Zakir adalah satu ancaman kepada ketenteraman awam, moral, ekonomi, keharmonian sosial dan pendidikan negara.

Mereka juga mahukan satu pengisytiharan bahawa Dr Zakir adalah ancaman kepada perpaduan negara dan keamanan berbilang kaum di Malaysia.

Dalam dokumen mahkamah, plaintif memohon perintah mahkamah untuk segera membatalkan status Dr Zakir sebagai seorang pemastautin tetap jika ia telah diberikan kepadanya.

Sumber: SuaraTV


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lFXbTN
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mlnOkM
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment