Thursday 15 December 2016

Wanita Kesunyian Tawar iPhone 7, Mahu Upah Invididu Menyamar Jadi Anak

Wanita Kesunyian Tawar iPhone 7, Mahu Upah Invididu Menyamar Jadi Anak

menyamar-anak

Seorang wanita menajdi viral apabila telah memberi tawaran mengupah sesiapa yang boleh menyamar menjadi anak perempuannya di sebuah percutian di Hainan.

Li Yanling yang telah berusia 63 tahun berasa sunyi dan meluahkan perkara itu di laman sosial China.

Dia kini mula menerima tawaran dari orang ramai yang tertarik dengan tawaran itu.

Perkongsian Li pantas viral dan beribu-ribu netizen berebut untuk meneman Li dan ada yang ikhlas ingin menemaninya tanpa upah.

Selain percutian, wanita itu juga berkata dia akan memberi sebuah iPhone 7 untuk individu yang menerima tawarannya itu.

Ini komen Li:

“Saya tinggal berkeseorangan di Zhengzhou dan ingin seorang wanita muda berumur antaa 19 – 24 tahun untuk menemani saya bercuti, berbual dan ambil foto dengan saya,”

“Suami saya ada rakan hiking sendiri dan saya tak mahu ganggu anak saya (di Canada),”

Sebenarnya Li bukanlah hidup sebatang kara. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang telah berpindah ke Canada manakala suami seorang ‘kaki hiking’. -PENMERAHDOTCOM

The post Wanita Kesunyian Tawar iPhone 7, Mahu Upah Invididu Menyamar Jadi Anak appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2hJulEq
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gEI0HJ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment