Monday 19 December 2016

Makan Biskut Berasap ‘Dragon Breath’, 5 Aduan Diterima, Seorang Remaja Melecur

Makan Biskut Berasap ‘Dragon Breath’, 5 Aduan Diterima, Seorang Remaja Melecur

berasap

Pelbagai reaksi diterima dengan kemunculan biskut ‘Dragon Breath’ yang mengeluarkan kesan wap atau asap apabila dikunyah.

Media juga ada melaporkan aduan seorang mangsa yang mengalami lecur di tapak tangan kerana terkena cecair nitrogen dari biskut tersebut.

Orang awam telah meluahkan reaksi tidak selesa mereka mengenai kejadian itu.

Ada juga mengatakan bahawa kebanyakan produk-produk baharu yang terdapat di pasaran hanya mengikut trend semasa dan tidak semestinya berkualiti.

Para peniaga juga dikatakan hanya mengejar keuntungan dan mempromosikan produk tanpa mengambil kira kandungan produk tersebut.

Trend ini memang nampak seronok, tapi seronok sahaja yang kita nampak tanpa fikirkan kesan kepada kesihatan.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa golongan muda hanya mengikut trend tanpa berfikir panjang mengenai kesan dan bahaya selagi mereka tidak terlepas peluang dari mencuba sesuatu.

Semalam,  seorang remaja dari Alor Setar yang melecur di tapak tangan dan mengalami pedih tekak selepas terkena cecair nitrogen dari biskut ‘Dragon Breath’.

Dikatakan, 5 aduan telah diterima daripada pengguna yang menerima kesan sama dari ‘biskut berasap’ itu.

Ini merupakan fakta yang diberi oleh Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff.

Pihaknya meminta mana-mana pengguna yang mengakamni masalah yang sama agar membuat laporan di pejabat CAKE untuk memudahkan siasatan dijalankan seterusnya membawa isu berkenaan ke Jabatan Kesihatan negeri. -PENMERAHDOTCOM

The post Makan Biskut Berasap ‘Dragon Breath’, 5 Aduan Diterima, Seorang Remaja Melecur appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2i6sdm5
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2h38t77
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment