Monday 12 December 2016

Lelaki Maut Terjatuh Tingkat 20, Kunci Tertinggal Cuba Masuk Ikut Tingkap

Lelaki Maut Terjatuh Tingkat 20, Kunci Tertinggal Cuba Masuk Ikut Tingkap

kondo

Malang tidak berbau, seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium.

Kejadian berlaku kira kira 3 pagi di sebuah kondo di Tampoi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara memberitahu, mangsa dikenali sebagai Mohammad dan berumur 23 tahun.

Mangsa terjatuh selepas cuba meniti palang melintang yang menghubungkan koridor rumah dengan dapur ketika hendak masuk ke dalam rumah kerana tiada kunci.

Difahamkan kunci mangsa telah tertinggal dan dia tidak dapat masuk ke rumah sewanya itu.

Ini kenyataan Polis:

“Mangsa dipercayai mahu masuk ke dalam rumah namun tiada kunci. Dia kemudian dipercayai meniti palang berkenaan yang menghubungkan koridor dan dapur.

“Tingkap dapur pula separuh terbuka dan penelitian dalam dapur menjumpai sebelah selipar mangsa, manakala sebelah lagi berada berdekatan mangsa,”

Menurut rakan mangsa, ini bukan kali pertama mangsa masuk ke rumah melalui tingkap itu.

Pihak polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR).

Jenazah mangsa dibawa pulang ke Melaka selepas dituntut ahli keluarga di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Difahamkan, mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. -PENMERAHDOTCOM

The post Lelaki Maut Terjatuh Tingkat 20, Kunci Tertinggal Cuba Masuk Ikut Tingkap appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2hvm5YG
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hlwnHg
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment