Wednesday 14 December 2016

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Tersekat Dalam Paip Air

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Tersekat Dalam Paip Air

maut
Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun ditemui meninggal dunia setelah disedut dan tersekat dalam sebuah paip air.

Papip air PVC itu merupakan milik Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM).

Kejadian berlaku di Indonesia pada hari Sabtu yang lalu.

Menurut laporan, kanak-kanak malang itu dikatakan asyik bermain di kawasan tersebut dan terjun ke dalam takungan air kerana menyangka ianya cetek.

Mangsa bernama Riky Dehu itu kemudian disedut oleh paip berkenaan.

Orang awam yang menyedari kejadian tersebut kemudian cuba membantu mangsa tetapi dia tersekat dan terpaksa dikeluarkan bersama paip tersebut.

Selepas paip jenis PVC berkenaan dibelah, mangsa ditemui telah meninggal dunia.

Kejadian masih disiasat oleh polis. -PENMERAHDOTCOM

The post Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Tersekat Dalam Paip Air appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2huiqXJ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hvJxSr
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment