Friday 9 December 2016

Ini Respon Dari Zarul Apabila Peminat Luah Rasa Tak Puas Hati Dengannya

Ini Respon Balas Dari Zarul Apabila Ada Peminat Yang Tak Puas Hati Dengannya

za

Sebelum ini telah tersebar tentang kisah segelintir peminat Zarul yang meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan layanan penyanyi ini.

Peminat yang kecewa mengatakan Zarul melayan mereka acuh tidak acuh malah Zarul hanya pentingkan rakan dari MAS sahaja.

Terpalit dengan kontroversi ini, Zarul akhirnya telah terpaksa meceritakan keadaan sebenar.

Jom baca: (MediaHiburan)

“Hari ini baru saya tahu ada peminat yang tidak berpuas hati. Saya bersama pihak pengurusan, kami layan sama rata semua pihak.

“Tidak kisah sama ada Highflyers ke, Zarulians ke, semuanya sama. Mungkinlah ada segelintir yang tidak berpuas hati. Tapi saya dah cuba yang terbaik melayan semua sama rata.

“Pembahagian tiket juga sama rata. Tak ada beza-beza antara peminat dengan geng-geng MAS. Semua sama.

“Beginilah, sebagai manusia biasa, mungkin kelemahan dari sayalah. Saya tak mampu nak puaskan hati semua orang.

“Kepada yang terasa hati itu, saya minta maaf. Sejujurnya saya tak ada niat langsung nak beza-bezakan siapa pun, geng MAS ke, Zarulians ke, peminat baru ke, peminat lama ke, semuanya saya layan sama rata,”

Zarul telah memohon maaf jika ada peminatnya yang terasa hati dengan layannya. Apapun semoga Zarul berjaya dalam industri seni. -PENMERAHDOTCOM

The post Ini Respon Dari Zarul Apabila Peminat Luah Rasa Tak Puas Hati Dengannya appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2hc6Gff
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ghKDPC
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment